Saingan Liga Super musim 2019 akan bersambung pada hujung minggu ini dimana 5 perlawanan akan dilangsungkan. Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menunda perlawanan antara Pahang menentang Felda United bagi menghormati kemangkatan Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Di sini, kami senaraikan 5 pemain yang akan menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-15.

1. Diogo Luis Santo

Diogo Luis Santo

Sumber Gambar: Yahoo

Diogo kembali mencipta jaringan apabila Johor Darul Ta’zim menewaskan PKNS FC minggu lalu. Beliau sekali lagi menjadi harapan JDT untuk mencari jaringan apabila menerima kunjungan Kedah di Larkin.

2. Davy Claude Angan

Davy Claude Angan

Sumber Gambar: DW

Davy Angan dibawa masuk bagi menggantikan Casagrande. Bekas anak didik Ole Gunnar Solkjaer ini berkemungkinan besar akan diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang Perak.

3. Nabil Ahmad Latpi

Nabil Ahmad Latpi

Sumber Gambar: MFL

Nabil meneruskan rentak jaringan ketika Terengganu FC menerima kunjungan Felda United minggu lalu. Setelah menjaringkan dua gol dalam dua perlawananan, Nabil dilihat bakal diturunkan dalam kesebelasan utama TFC.

4. Ifedayo Olesegun

Ifedayo Olesegun

Sumber Gambar: FA Selangor

Sama seperti Nabil, Ifedayo berjaya mengekalkan rentak jaringan beliau minggu lalu. Penyerang dari Nigeria ini dijangka mengisi barisan serangan Selangor di samping Sandro Da Silva apabila Red Giants bertemu Terengganu FC.

5. Fazrul Danel

Fazrul Danel

Sumber Gambar: Kedah FA

Fazrul kembali memperkuatkan Kedah setelah kembali daripada menjalani latihan di Cardiff City. Pemain berusia 20 tahun ini dijangka kembali memperkuatkan jentera tengah Kedah.

Itulah dia 5 pemain yang menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-15. Kelima-lima pemain bakal menjadi harapan utama pasukan masing-masing untuk meraih keputusan positif minggu ini.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group