Saingan Liga Super musim 2019 di bulan ramadan akan disambung pada hujung minggu ini dimana saingan telah memasuki perlawanan minggu ke-14. Dua perlawanan akan berlangsung pada hari ini, tiga perlawanan pada Sabtu dan satu lagi perlawanan pada Ahad.

Di sini, kami senaraikan 5 pemain yang akan menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super musim 2019 perlawanan minggu ke-14.

1. Ifedayo Olesegun

Ifedayo Olesegun

Sumber Gambar: FA Selangor

Dream debut untuk Ifedayo dimana beliau menjaringkan hatrik ketika Selangor menewaskan pasukan Kedah pada Rabu lalu. Beliau sekali lagi bakal mengetuai jentera serangan Red Giants bersama Sandro.

2. Akhyar Rashid

Akhyar Rashid JDT

Sumber Gambar: Goal.com

Akhyar berjaya menyumbang satu gol serta satu assist apabila dimasukkan pada separuh masa kedua ketika JDT menewaskan pasukan Pahang pada Selasa lalu.

3. Luka Milunovic

Luka Milunovic

Sumber Gambar: MUSA

Sama seperti Ifedayo, Milunovic turut menjaringkan hatrik pada penampilan pertama beliau dalam saingan Liga Super. Pemain yang menggantikan Liridon Krasniqi ini membantu Melaka membelasah Felda United dengan keputusan 6-0.

4. Raianderson da Costa Morais

Raianderson da Costa Morais

Sumber Gambar: Perak TBG

Raianderson da Costa menjaringkan dua gol pada perlawanan sulung beliau ketika Perak menewaskan PKNP FC dengan keputusan 3-1.

5. Pedro Henrique

Pedro Henrique

Sumber Gambar: Asiana.my

Pedro Henrique memainkan peranan penting dalam come back Petaling Jaya City FC ketika menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 5-3 apabila beliau menjaringkan dua gol.

Itulah dia 5 pemain yang akan menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-14. Kelima-lima pemain menampilkan ketajaman dihadapan gol dan mereka sekali lagi bakal menjadi harapan utama pasukan masing-masing bagi mencari jaringan.

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group