Saingan Liga Super musim 2019 akan bersambung pada hujung minggu ini dimana minggu perlawanan telahpun memasuki minggu ke-11. Dua pertembungan melibatkan empat pasukan teratas iaitu JDT menentang Pahang dan Selangor berdepan Kedah menjadi perlawanan tumpuan.

Di sini, kami bawakan 5 pemain yang akan menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-11.

1. Shahrel Fikri Fauzi

shahrel-fikri_1
Sumber Gambar: Perak TBG

Perak akan bertandang ke Stadium Manjung bagi menentang PKNP FC. Bekas ketua pasukan PKNP, Shahrel Fikri akan bertemu bekas pasukannya dan Beliau akan menjadi harapan utama skuad The Boss Gaurus bagi menembusi benteng pertahanan lawan.

2. Fernando Rodriguez

Fernando Rodriguez
Sumber Gambar: Futsal.asia

Fernando berada dalam prestasi terbaik ketika ini apabila beliau menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan terakhir liga. Kekalahan di tangan Melaka minggu lalu membuatkan Kedah akan menggandakan asakan untuk menewaskan Selangro dan Fernando akan mengetuai jentera serangan pasukan.

3. Indra Putra Mahayuddin

Indra Putra
Sumber Gambar: KL Hawks

Indra menjadi pencetus kebangkitan skuad ibu kota dimana beliau menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan terakhir. Pemain berusia 38 tahun ini sedang memburu gol ke-100 beliau dalam saingan Liga Super dan mempunyai peluang apabila Kuala Lumpur bertemu PKNS FC di Shah Alam pada esok.

4. Sandro Da Silva

Sandro Da Silva
Sumber Gambar: FAS

Sejak Rufino mengalami kecederaan dan terpaksa berehat panjang, Sandro menjadi harapan utama Selangor untuk menerajui bahagian serangan. Berdepan dengan bekas pasukannya iaitu Kedah, Sandro sekali lagi menjadi senjata utama Red Giants.

5. Gerold Goulon

Herold Goulon
Sumber Gambar: Pahang FA

Herold menjadi wira pasukan minggu lalu apabila menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan ke atas Perak. Beliau akan berdepan dengan barisan serangan Johor Darul Ta’zim yang sudah terbukti ketajamannya dan menarik untuk disaksikan bagaimana beliau akan menghalang Safawi Rasid dan rakan-rakan.

Itulah dia 5 pemain yang akan menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super minggu ke-11. Pertembungan empat pasukan teratas sememangnya menjadi tumpuan dan keempat-empat pasukan ini tidak boleh keciciran mata jika mahu memperbaiki kedudukan dalam carta Liga.