“Effort, Dedication, Devotion, Glory.”

Itu adalah 4 perkataan pertama yang akan dilihat oleh mana mana pemain muda yang berjaya memasuki akademi Sporting Lisbon.

Ini adalah akademi elit di Eropah yang telah melahirkan 2 pemenang Ballon d’Or dan menjadi nadi penting negara Portugal dalam membantu negara itu menjadi juara Eropah pada 2016.

Beriut adalah antara 5 pemain yang bertaraf bintang dilahirkan dari akademi Sporting.

1. Cristiano Ronaldo

cristianoronaldo–793×451

Ini adalah bakat terbaik yang dilahirkan di sini. Beliau dibangunkan daripada sistem pemain muda di Sporting sejak berusia 12 tahun.

Bekerja keras untuk sampai ke puncak. Ronaldo mewakili Sporting dalam semua peringkat dari B-16, B-17, pasukan B dan pasukan senior.-16, under-17, under-18, B-team and first-team all within the same season.

Pada usianya 18 tahun Ronaldo sudah dipancing oleh Man United. Beliau kemudian menjadi pemain bintang di Old Trafford, Santiago Bernabeu dan kini di Turin.

Mejadi pesaing utama kepada Lionel Messi untuk menjadi pemain terbaik dalam generasi mereka. Dan tiada keraguan dua pemain itu adalah antara pemain terbaik sepanjang zaman.

Ronaldo hari ini ada 5 Ballon d’Or dan 5 kejuaraan UCL.

2. Luis Figo

6457329_orig

Pemenang Ballon d’Or pertama yang dihasilkan oleh akademi Sporting.

Merupakan pemain yang berbakat besar, dan legenda di Portugal serta bola sepak dunia.

Seorang lagi pemain yang dianggap wira golongan pekerja. Mulai melakukan debut pada usia 17 tahun dan dipanggil mewakili negaranya setahun kemudian.

Figo adalah pemain yang kreatif dan tidak pernah mengalah. Memiliki beberapa set skil yang hebat.

Selain daripada kejayaan di Barca dan Real, beliau juga menjadi nadi penting dalam sejarah treble Inter.

3. Ricardo Quaresma

Pacos Ferreira/sporting – FutebolFoto Digital Jose Carmo14/09/2002
Pacos Ferreira/sporting – Futebol
Foto Digital Jose Carmo
14/09/2002

Pemain yang menunjukkan potensinya pada awal usia muda lagi.

Namun mungkin antara pemain yang gagal memenuhi potensi maksimum kerana dia terlalu leka dengan bakat yang dia ada.

Quaresma memecah masuk dalam senarai pasukan utama Sporting pada usia awal. Beliau lahir hanya 18 bulan daripada Ronaldo. Namun pada awalnya, beliau dianggap lebih berbakat daripada Ronaldo.

Beliau adalah pakar trivella dan membantu negaranya memenangi Piala Eropah 2016.

4. Joao Moutinho

Joao-Moutinho-2-600×419Pemain yang menjadi nadi penting negaranya sejak sekian lama. Namanya mulai naik mendadak ketika beraksi dengan Porto dan dipancing oleh  Monaco.

Moutinho kemudian membuat perpindahan mengejut ke Wolves.

Pemain perancang tengah ini memiliki ketenangan dan hantaran yang sangat luar biasa.

Beliau kini menjadi pemain ketiga paling banyak kaps untuk negaranya di belakang Ronaldo dan Figo.

Juga menjadi pemain dalam pasukan juara Eropah 2016.

5. Nani

img_1280x7202018_08_25_08_38_31_1439671

Pemain sayap yang pernah membintangi Sporting sebelum berpindah ke salah satu kelab gergasi bola sepak Eropah.

Nani lulus dari sistem akademi dan mulai dibandingkan dengan Ronaldo, Quaresma serta Simao Sabrossa.

Nani menyertai Man United pada 2007 dan beliau merupakan pemain yang lincah.

Sepanjang lapan tahun di Old Trafford beliau memenangi empat gelaran liga dan Liga Juara-Juara di antara piala utama yang dimenanginya.

Namun Nani sepatutnya mencapai lebih banyak di dalam kariernya bersama kelab. Tetapi beliau gagal mencapai reputasi seperti Ronaldo ataupun Figo.

Salah satu sebabnya adalah konsistensi. Beliau kemudian menjadi antara bintang nomad di dalam karier. Berpindah ke banyak kelab termasuk Fenerbahce, Valencia, Lazio dan kembali ke Sporting.

Pemain antarabangsa 112 kaps ini  kini menikmati kejayaan di MLS dengan Orlando City.

Baca juga perkembangan lain

5 Pemain Berbakat EPL Yang Tidak Dapat Pamer Prestasi Musim Ini Kerana Kecederaan

Bierhoff Anggap Joachim Low Buat Keputusan Tepat Singkir Muller Dari Skuad Jerman

TERKINI: United Capai Kesepakatan Dengan Shanghai Shenhua