1. Paul Pogba

Cristiano.Ronaldo.Paul_.Pogba_

Suka atau tidak dengan beliau, itu bukan alasan untuk menafikan bahawa beliau salah seorang pemain tengah terbaik di EPL.

Masalah kecederaan membelenggu Paul Pogba dari awal musim ini. Beliau merupakan nadi penting Man United di bahagian tengah.

Kehilangan Pogba memberikan impak sangat besar kepada United sehinggalah mereka berjaya mendapatkan Bruno Fernandes.

Musim hadapan akan menjadi menarik jika Pogba memberikan komitmen kepada United dan bergandingan dengan Bruno Fernandes.

Ruben Loftus-Cheek

Ruben-Loftus-Cheek-Chelsea-l

Ruben Loftus-Cheek dijangka akan melakukan ‘break through season’ bersama Chelsea pada musim ini.

Ini selepas aksi cemerlang beliau dalam minit perlawanan terhad pada musim lalu. Cheek bermain cemerlang musim lalu dan berjaya mendapatkan panggilan kebangsaan.

Namun aksi persahabatan pada Mei tahun lalu di Boston memberikan impak besar kepada Cheek.

Di mana dalam perlawanan yang diaggap Sarri sebagai tak penting itu, beliau cedera ACL.

Perlawanan tersebut adalah perlawanan persahabatan Chelsea sebelum musim berakhir pun. Di mana Roman Abramovich dilaporkan bertikam lidah dengan Maurizio Sarri.

Ini selepas Sarri pada awalnya tak mahu menurunkan pemain bintang termasuk Ruben Lofus Cheek pada perlawanan amal menyokong kempen menentang anti semitik. Abramovich ada darah yahudi, jadi dia nak menyumbang kepada kempen ini.

Sarri awalnya keberatan kerana mereka masih ada kempen penting mahu mendapatkan slot ke Eropah dan aksi di Liga UEL.

https://twitter.com/Masters_JamesD/status/1128648319738241024

Abramovich telah memberikan amaran agar Sarri menurunkan kesemua bintang kerana itu perlawanan amal. Bintang ini akan menarik penonton dan juga menaikkan publisiti acara itu untuk meraih lebih banyak derma.

Impak perlawanan itu dirasai oleh Loftus Cheek yang terpaksa berehat panjang.

Leroy Sane

sane

Sane, seorang lagi pemain yang tidak dapat menunjukkan prestasinya musim ini kerana kecederaan.

Pada pra musim, Sane hampir menyertai Bayern Munich. Namun apa yang berlaku, ketika City dan Bayern sedang berunding, Pep telah menurunkan pemain itu dalam perebutan perisai komuniti berdepan Liverpool.

Sane cedera dalam aksi itu dan disahkan ACL. Kickers di Jerman melaporkan Bayern Munich sangat kecewa dengan tindakan City menurunkan pemain yang sudah hampir menyertai mereka.

Sane merupakan nadi penting City terutama sekali sebagai pemain yang memberikan impak dari simpanan.

Namun musim ini beliau masih belum beraksi langsung. Sane baru sahaja kembali ke sesi latihan.

David Brooks

david-brooks

David Brooks terbukti menjadi salah seorang permata baharu yang muncul pada musim lau untuk Bournemouth.

Pemain antarabangsa Welsh yang kecil ini sangat cepat menyesuaikan diri dengan lancar di peringkat tertinggi selepas perpindahannya dari Sheffield United.

Pemain tengah itu mengalami kecederaan dengan kerosakan pada ligamen pergelangan kaki dalam aksi pra-musim – persahabatan menentang Brentford pada bulan Julai.

Beliau sudah kembali semula menjalani latihan pada Februari lalu, namun kelab masih tak pasti pemain itu sudah sedia beraksi dalam masa terdekat ini.

Brooks merupakan pemain yang menceriakan The Cherries pada musim lalu. Pemain berusia 22 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol dan mencipta lima assist dalam Liga Perdana musim lalu.

Beliau antara faktor yang menyelamatkan Bournemouh daripada penyingkiran. Maka tak hairanlah nama beliau turut dikaitkan dengan Spurs dan Liverpool selepas itu.

Naby Keita

Naby-Keita-Back

Salah seorang pemain tengah yang memiliki flair yang mempersonakan. Beliau pemain yang lincah dan bermain dengan gaya box to box.

Namun sejak menyertai Liverpool, masalah utama beliau adalah kecederaan.

Musim ini beliau dijangka akan dapat membuktikan prestasinya. Namun episod sama berulang. Pemain yang berbakat ditandatangani Liverpool dari Leipzig ini telah bergelut dengan beberapa siri kecederaan.

Sesuatu yang merisaukan jika Naby Keita berterusan dilanda kecederaan, dan beliau mungkin akan menjadi bakat yang tidak dapat menunjukkan prestasinya bersama Liverpool.

Baca juga perkembangan lain

Bierhoff Anggap Joachim Low Buat Keputusan Tepat Singkir Muller Dari Skuad Jerman

Nick Pope Mahu Rebut Tempat Pickford Dalam Skuad England

Arsenal Tawar Kontrak Baharu, Aubameyang Masih Belum Setuju Apa Apa