Apabila seseorang pemain itu menandatangani kontrak, mereka kadangkala ada klausa khas yang diminta oleh mereka ataupun kelab.

Ini  bermakna kontrak  bukan sahaja merujuk kepada berapa jumlah gaji yang mereka terima. Tetapi juga bagi memenuhi kehendak tertentu.

Daripada isu bonus, sehinggalah klausa khas yang melarang kelab daripada mengganggu mereka mendapatkan tajaan peribadi dari segi hatimu, segalanya ada terkandung dan dibincangkan dengan teliti.

Berikut adalah 5 klausa kontrak pelik dalam bola sepak.

1. Stefan Schwarz – Klausa Ruang Angkasa

Stefan-Schwarz-808559
Apabila Schwarz menyertai Sunderland dari Valencia pada 1999, kelab baharunya itu telah memasukkan kawasan supaya beliau tidak pergi terbang ke angkasa lepas.

Hal ini kerana ketika itu ejen kepada Schwarz berencana mahu terbang ke angkasa secara komersial.

Oleh sebab itu Sunderland memutuskan untuk memasukkan klausa angkasa lepas dalam kontrak beliau.

Ini bermakna untuk menghalang ejennya daripada membawa Schwarz pergi sekali bersamanya dalam pengembaraan ke angkasa raya.

2. Dennis Bergkamp – No Flight

article-2431567-183F2D4800000578-437_636x382

Dennis Bergkamp digelar Non flying Dutchman. Lawan kepada istilah popular Flying Dutchman.

Hal ini kerana beliau ada fobia menaiki pesawat.

Kontrak itu membuatkan Dennis Bergkamp dikecualikan daripada pertandingan yang memerlukan pasukan mereka terbang dengan kapal terbang.

Ini terutama sekali perlawanan away dalam kejohanan Eropah.

Sebab itu beliau membayangkan beliau tak akan menjadi pengurus kerana ada masalah dengan penerbangan. Jadi selesa cuma menjadi pegawai khas pasukan.

3. Georg Koch – Klausa Rasisme

georg-koch-1406189078-1642

Beliau ada kerisauan dan ketakutan dia akan menjadi mangsa serangan rasisme ketika berpindah ke PSV dari Jerman.

Apa yang berlaku, beliau hanya bermain di PSV selama 3 bulan dan kembali semula ke Jerman.

4. Ronaldinho – Klausa Berparti Dua Malam

1516179075_370546_noticia_normal

Ketika beliau kembali semula ke Brazil menyertai Flamengo pada 2011, beliau memasukkan klausa khas untuk membolehkan beliau berparti.

Lalu beliau memasukkan klausa yang membenarkan beliau berparti 2 malam dalam seminggu tanpa dikenakan tindakan oleh kelab.

5. Alex Oxlade-Chamberlain – Klausa aksi 20 minit

2014AlexOxlade-Chamberlain_Getty459717284021214-2

Arsenal harus membayar Southampton bonus penampilan sebanyak £10,000 untuk setiap perlawanan yang beliau beraksi lebih 20 minit.

Maka tak hairanlah Arsene Wenger kerap memasukkan beliau minit ke-71.

Itu antara lima pemain yang pernah memiliki klausa pelik dalam kontrak mereka. Ada banyak lagi sebenarnya.

Misalnya Neil Ruddock pernah dimasukkan klausa berat badan. Di mana gaji beliau akan dipotong jika terlebih berat badan.

Ini untuk membantu beliau agar terus mengekalkan berat badan unggulnya.

Rolf-Christel Guie-Mien pernah meminta kelab membiayai kursus memasak untuk isterinya.

Baca juga artikel lain dari kami

Ligue 1 Batalkan Musim 2019/20 Selepas Larangan Kerajaan

Torres Mimpi Ngeri Vidic Dan Sukar Dikawal

https://www.vocketfc.com/dybala-disahkan-positif-covid-19-kali-keempat-dalam-6-