Malaysia tunduk 4-0 di tangan UAE. Di mana Malaysia jelas sekali ada beberapa kelemahan yang membuatkan pasukan negara kita tak mampu bersaing.

Berikut antara 5 isu taktikal yang membuatkan kita tewas dalam aksi ini.

1. Dua pemain sayap gagal beri impak

Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh terus tercari rentak dan impak yang pernah mereka jelmakan.

Dalam perlawanan ini beberapa kali kedua duanya bertukar posisi. Segalanya untuk mencari output terbaik. Namun ianya tetap tak kunjung tiba.

Paling menyedihkan Mohamadou Sumareh gagal mencipta sebarang percubaan gol ataupun hantaran lintang kepada rakannya.

suma

Malaysia sangat bergantung kepada dua pemain ini sebelum ini, untuk menjelmakan sesuatu.

Jelas Safawi Rasid ada isu dengan keyakinan dirinya yang perlu dicari semula dan dibangkitkan.

Sumareh pula beraksi dalam tempo sangat hambar dalam perlawanan ini. Kurang keinginan, berbanding sebelum ini.

2. Binaan serangan yang tidak jelas

Sistem binaan serangan Malaysia sangat teruk. Syamer ataupun Azam Azih gagal membekalkan platform untuk menyokong binaan serangan dari bawah.

Kesannya, banyak kali Farizal terpaksa melakukan sepakan gol terus ke atas. Tetapi itu hanya mengundang ancaman segera datang lagi ke kawasan Malaysia kerana fizikaliti lawan yang lebih baik.

Pivot yang rosak serta tengah bertiga gagal membentuk unit di tengah. Liridon, Azam Azih kerapkali bergerak sendiri tanpa ada permainan kombinasi.

Kesannya Malaysia banyak kali melakukan hantaran langkau ataupun bypass, sehingga satu ketika pasukan kejurulatihan menunjukkan reaksi kecewa mereka.

3. Kemalasan dan ketumpulan De Paula

Isu yang paling menjadi perhatian adalah kemalasan De Paula. Dia adalah pemain paling atas. Sebelum ini kita biasa melihat sistem Tan Cheng Hoe, di mana penyerang utama adalah pemain pertama yang akan melakukan pressing.

Malang sekali De Paula sangat tidak peduli akan isu pressing. Dia lebih selesa berjalan jalan dengan walking pace.

E2-ooj0WUAMxhss

Seterusnya, De Paula juga gagal mencipta sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini. Data opta melaporkan De Paula hanya melakukan 1 percubaan sepanjang aksi.

Kemasukan Syafiq Ahmad lebih kepada menjadi pengajar kepada De Paula cara bermain dalam sistem Malaysia. Di mana beliau perlu untuk melakukan pressing yang pertama untuk mencipta pressing daripada garisan kedua.

Dari segi kreativiti, kita juga harus gariskannya. Walaupun ada beberapa peluang dicipta namun ianya tak cukup.

4. Pressing

Sebelum ini Malaysia kalah, namun di bawah Tan Cheng Hoe kita sering melihat bagaimana pressing dilakukan dengan semangat dan intensiti.

Malang sekali dalam perlawanan ini, pressing daripada Malaysia sangat lemah. Membuatkan ruang terlalu banyak diberikan kepada UAE. Gol pertama UAE adalah daripada hantaran yang dilakukan dalam keadaan pemain sangat selesa mencari rakannya.

Seterusnya setiap kali pressing line dilepasi lawan, pemain lambat bertindak dan saling menunggu pemain lain melakukan sesuatu.

Ini antara contoh bagaimana Malaysia bermain dalam unit ketika pressing mereka dilepasi sebelum ini.

5. Isu mengekang serangan balas

Malaysia bergelut untuk mengekang serangan balas lawan. Lebih kepada kurangnya perlindungan daripada pemain tengah.

Beberapa kali juga garisan tinggi dilepasi. Dan ianya telah memberikan habuan lumayan kepada pasukan lawan.

Rumusan

Malaysia jelas sekali memiliki banyak isu dengan permainan secara unit dan juga ketumpulan di serangan.

Post mortem yang menyeluruh pastinya akan dibuat oleh kem kejurulatihan Malaysia selepas perlawanan ini.

Beberapa perkara positif termasuklah aksi cemerlang Farizal yang membuktikan dia masih berhak menjadi nombor 1. Dion Cool turut beraksi baik walaupun baru tiba beberapa hari dan terus bermain di kesebelasan utama – bermain posisi sekunder.

Baca juga artikel

Perancis Menunjukkan ‘Fluid’ Mereka Dalam Formasi Berlian Dengan Kehadiran Benzema

Saka Bantu England Menang Ke Atas Austria, Trent Alami Kecederaan Hamstring

TERKINI: Spurs Berunding Dengan Conte, Topik Termasuk Kontrak Dan Dana Perpindahan Pemain