Red Bull merupakan sebuah jenama yang aktif menubuhkan kelab bola sepak di seluruh dunia.

Bukan sahaja menubuhkan beberapa kelab, malah mereka mahukan kelab kelab ini mewakili jenama mereka dari segi gaya permainan dan DNA bola sepak.

Oleh itu Red Bull turut menekankan pembangunan dari akar umbi. Membina akademi dan pusat pembangunan bola sepak.

Mereka memiliki model pemilikan mereka yang tersendiri.

Syarikat minuman tenaga terkenal dari Austria itu turut aktif menaja acara acara sukan sejak dari dahulu.

Ianya jenama yang diasaskan oleh Dietric Mateschitz serta Chaleo Yoodvidhya pada 1984.

Ibu pejabat Red Bull adalah di Salzburg. Dan hari ini mereka sudah memiliki 4 kelab bola sepak.

Berikut adalah senarainya.

1. RB Salzburg (Austria)

Red Bull membeli kelab Salzburg pada 2005. Ianya menjadi teras penting kepada projek bola sepak mereka di eropah dan seuluruh dunia.

RB Salzburg kelab berpangkalan di Austria dan bertanding dalam Bundesliga Austria.

Ketika bertanding dalam pertandingan UEFA, mereka hanya disebut FC Salzburg kerana konflik nama penaja dan nama pasukan yang tidak dibenarkan.

Selepas pengambilalihan pada 2005, kelab tersebut telah diubah dari segi warna, daripada ungu kepada merah putih.

2. New York Red Bulls (Amerika Syarikat)

Red Bull meluaskan pemilikannya ke Amerika Syarikat dengan pemilikan New York Red Bulls yang berpangkalan di metropolitan New York.

Kelab ini bermain di Eastern Conference dalam Major League Soccer (MLS).

Kelab ini ditubuhkan pada 1994 sebagai New York / New Jersey MetroStars. Mereka bermain musim profesional pertamanya pada 1996.

Pada 2006, Red Bull membeli kelab tersebut dan menjenamakannya kepada New York Red Bulls. Kelab tersebut bermain di Red Bull Arena di Harrison, New Jersey, pada 2010.

3. RB Leipzig (Jerman)

Dianggap sebagai salah satu pemilikan paling kontroversi di Jerman. Di mana mereka telah membeli kelab di Jerman.

Oleh kerana Jerman melarang nama penaja diletakkan pada nama kelab, RB telah menggunakan nama Rassenballsport Leipzig semata mata untuk menggunakan kependekan nama RB.

Mereka juga dikatakan telah melanggar peraturan pemilikan 50+1, di mana pemegang saham kelab ternyata orang Red Bull itu sendiri.

Red Bull komited membangunkan kelab tersebut dan membina Red Bull Arena yang canggih. Dalam beberapa musim ini mereka dianggap sebagai salah sebuah pasukan yang kuat di Jerman.

Mereka juga terus menghasilkan bakat bakat luar biasa.

4. Red Bull Bragantino (Brazil)

Red Bull Bragantino juga disebut Bragantino sahaja. Berpangkalan di Bragança Paulista, Paulo.

Kini bermain dalam liga utama di Brazil.

Nama asalnya adalah Clube Atletico Bragantino. Namun pada 2020, Red Bull memiliki kelab tersebut dan menukar warna kelab daripada hitam putih kepada merah putih.

kelab red bull

5. FC Liefering (Austria)

Ianya merupakan kelab terbaru yang dibeli oleh Red Bull. Pemilikan penuh Red Bull di Liefering adalah untuk menjadikan ia sebagai pasukan pembangunan ataupun pasukan simpanan kepada RB Salzburg.

Kelab ini hanya beraksi di divisyen kedua. Menjadi pasukan pembangunan sejak 2012 lagi.