Pasukan negara akan berdepan Vietnam pada perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al-Maktoum pada 12 Jun ini.

Sejak dibawah kendalian Park Hang-seo, skuad kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe masih belum meraih kemenangan dalam empat perlawanan yang dihadapi sebelum ini.

Selain Cheng Hoe yang mempunyai rekod buruk apabila berdepan Hang-seo, jurulatih dari Korea Selatan ini juga pernah menewaskan jurulatih lain yang berprofil tinggi serta pernah menguruskan pasukan dalam temasya Piala Dunia.

Antara jurulatih berprofil tinggi yang pernah tunduk kepada Hang-seo ialah Sven-Göran Eriksson yang pernah membimbing England pada temasya Piala Dunia 2006.

Park Hang-seo
Sven Goran Eriksson. (Foto: Sport Ilustrated).

Skuad kebangsaan Filipina bimbingan Eriksson tewas kepada Vietnam pada perlawanan separuh akhir saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu yang turut menyaksikan Vietnam muncul juara.

Jurulatih kedua ialah Vital Borkelmans yang merupakan pengendali skuad kebangsaan Jordan. Pada perlawanan 16 pasukan terakhir temasya Piala Asia 2019, Jordan tewas kepada Filipina menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-2.

Ketua jurulatih Korea Selatan pada temasya Piala Dunia 2002, Guus Hiddink juga pernah merasai kekalahan kepada Park Hang-seo ketika menjadi pengendali skuad kebangsaan China B-22 tahun.

China tewas kepada Vietnam dalam satu perlawanan persahabatan yang menyaksikan Hiddink dipecat selepas kekalahan dalam perlawanan tersebut.

Park Hang-seo
Sumber Gambar: FAM

Nama seterusnya ialah Bert van Marwijk yang ketika ini menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE). UAE tewas 1-0 pada perlawanan kelayakan di Stadium My Dinh pada 2019 lalu sekaligus menyaksikan van Marwijk kehilangan jawatan beliau sebagai pengendali UAE.

Korban terbaru Hang-seo ialah rakan senegara iaitu Shin Tae-yong yang ketika ini membimbing skuad kebangsaan Indonesia. Garuda tewas kepada Vietnam dengan keputusan 4-0 pada Isnin lalu sekaligus meletakkan mereka di kedudukan tercorot dalam kumpulan G.

Malaysia wajib menang ke atas Vietnam sekiranya mahu mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan ketiga sekaligus tiket automatik ke temasya Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Peminat Bola Sepak Singapura Tidak Setuju Dengan Kemasukan JDT III Dalam Liga SPL

11 Pemain Vietnam Turun Beraksi Berdepan Indonesia Adalah Skuad Naib Juara Piala Asia U23 2018

Tan Cheng Hoe Mahu Tamatkan Rekod Buruk Bertemu Vietnam