Saingan Piala Malaysia 2019 telah dibuka pada hujung minggu lalu dimana pasukan yang menjadi pilihan untuk muncul juara seperti Johor Darul Ta’zim, Kedah, Pahang, Perak dan Terengganu FC berjaya meraih kemenangan.

Di sini, kami senaraikan 5 gol terbaik yang berjaya dijaringkan pada perlawanan Piala Malaysia 2019 minggu pertama.

1. Brendan Gan

Jaringan menerusi rembatan ‘volley’ oleh Brendan memastikan juara bertahan ini memulakan misi untuk mempertahankan kejuaraan dengan langkah kanan dengan menewaskan juara Liga Perdana 2019, Sabah.

2. Shakir Hamzah

Shakir berjaya menyempurnakan gerakan hasil daripada quick free kick bagi membantu Juara Piala fa 2019 ini meraih kemenangan ketika bertandang ke Paroi.

3. Nazrin Nawi

Sepakan percuma menarik oleh Nazrin pada separuh masa pertama merupakan salah satu daripada dua gol yang dijaringkan oleh pemain sayap itu pada perlawanan menentang PDRM.

4. Pedro Victor

Jaringan Pedro menerusi satu sepakan percuma tidak cukup untuk mengelakkan PKNP FC daripada mengalami kekalahan di tangan Petaling Jaya City FC.

5. Julian Bottaro

Gol Bottaro seakan-akan memberikan isyarat bahawa Pulau Pinang bakal mencipta kejutan ke atas Pahang. Namun, skuad kendalian Dollah Saleh itu lebih unggul apabila bangkit dan memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1.

Itulah dia 5 gl terbaik yang dijaringkan pada minggu pertama saingan Piala Malaysia 2019. Saingan masih berada di peringkat awal dan pasukan gagal meraih tiga mata penuh pada perlawanan pertama masih mempunyai masa untuk meraih keputusan positif pada perlawanan seterusnya.