Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-13 telah berlangsung pada Selasa dan Rabu lalu dimana tiada perubahan di kedudukan dua pasukan teratas liga. JDT dan Pahang masih menduduki tangga pertama dan kedua. Selain itu, beberapa perlawanan turut menghasilkan jumlah jaringan yang besar.

Di sini, kami senaraikan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super musim 2019 minggu ke-13.

1. Safiq Rahim

Sepakan voli dari bekas ketua pasukan Johor Darul Ta’zim pada separuh masa pertama ini berjaya membantu Melaka United membelasah Felda United dengan keputusan 6-0.

2. Azmi Muslim

Rembatan dari jarak jauh Azmi pada separuh masa kedua memastikan Kuala Lumpur menewaskan PKNS FC dengan keputusan 2-1 sekaligus mencatat kemenangan ketiga dalam saingan liga.

3. Washington Brandao

Jaringan Brandao pada separuh kedua menjadi titik kebangkitan Petaling Jaya City FC dimana skuad bimbingan K.Devan ini berjaya menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 5-3.

4. Pedro Henrique

Pedro melengkapkan malam gemilang PJ City dimana beliau menjaringkan gol kelima pasukan menerusi satu flick menarik selepas menerima hantaran dari sebelah kiri.

5. Nabil Ahmad Latpi

Pemain yang datang dari saingan liga amatur ini berjaya menjaringkan gol pada penampilan pertama beliau bersama Terengganu FC.

Itulah dia 5 gol menarik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super minggu ke-13. JDT kini menduduki tangga teratas dengan kelebihan 8 mata di hadapan Pahang manakala Felda United pula menduduki tangga tercorot.