Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-9 menyaksikan tidak banyak perubahan dalam carta Liga. Johor Darul Ta’zim masih menghuni tangga teratas diikuti dengan pasukan Pahang manakala Kuala Lumpur masih menduduki tangga tercorot diikuti dengan Felda United di tangga ke-11.

Di sini, kami bawakan 5 jaringan terbaik sepanjang perlawanan minggu ke-9 Liga Super musim ini.

1. Syafiq Ahmad

Gerakan yang dimulakan oleh Syafiq bermula dari kawasan sendiri ini berjaya memerangkap pertahanan PJ City sekaligus menjadi gol tunggal perlawanan dan memberikan tiga mata untuk JDT.

2. Chan Vathanaka

Serangan balas pantas yang disudahkan oleh Vathanaka pada separuh masa pertama nyata sukar dihalang oleh barisan pertahanan Pahang. Namun, PKNS FC harus akur dimana mereka tewas dengan kepuutusan 2-1.

3. Sandro Da Silva

Gol Sandro menerusi satu sepakan percuma menarik menghadiahkan satu mata untuk pasukan Selangor dan mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan terakhir Liga.

4. Fernando Rodriguez

Kombinasi antara Fernando Rodriguez dan Farhan Roslan semakin menjadi dan hasilnya kedua-dua pemain memainkan peranan penting untuk gol ketiga Kedah ketika menerima kunjungan Terengganu FC.

5. Indra Putra Mahayuddin

Jaringan Indra Putra pada separuh masa kedua berjaya memastikan pasukan Kuala Lumpur membawa pulang satu mata dari Jengka.

Itulah dia 5 gol menarik yang dijaringkan pada perlawannan Liga Super 2019 minggu yang ke-9. Perlawanan Liga Malaysia akan disambung pada Selasa dan Rabu apabila saingan Piala FA 2019 memasuki pusingan yang ketiga.