Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-19 telah berlangsung pada hujung minggu lalu dimana tiada perubahan ketara di kedudukan teratas dan juga terbawah dimana Johor Darul Ta’zim dan Pahang masih menghuni tangga pertama dan kedua manakala Felda United dan Kuala Lumpur menghuni dua tangga terbawah.

Di sini, kami senaraikan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-19.

1. Leandro Velazquez

Gol daripada luar kotak penalti oleh Leandro pada separuh masa kedua memastikan Johor Darul Ta’zim mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2019 setakat ini.

2. Sandro Da Silva

Rembatan deras Sandro da Silva pada separuh masa pertama berjaya menewaskan Norazlan Razali sekaligus mengekalkan rentak kemenangan pasukan Selangor. Kini Red Giants menghuni tangga ketiga dalam carta Liga.

3. Azam Azih

Jaringan Nor Azam pada separuh masa kedua memastikan pasukan Pahang kekal menghuni tangga kedua dengan kelebihan dua mata dihadapan pasukan Selangor.

4. Kittiphong Pluemjai

Kittiphong berjaya menjaringkan gol pertama bagi PKNS FC dalam saingan Liga Super musim ini. Namun, gol beliau tidak cukup bagi mengelakkan PKNS mengalami kekalahan di tangan Terengganu FC.

5. Jocinei Schad

Larian solo yang kemudiannya disudahkan dengan jaringan oleh Jocinei pada separuh masa kedua gagal membantu Felda United untuk sekarang-kurangnya meraih satu mata ketika berdepan Selangor. Kini Felda menghuni tangga tercorot dengan kutipan 22 mata, dibezakan dua mata dengan pasukan Kuala Lumpur yang kini menghuni tangga ke-11.

Itulah 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-19. Perlumbaan bagi Anugerah Kasut Emas masih lagi terbuka dan pemain perlu menampilkan permainan terbaik mereka bagi memenangi anugerah tersebut.