Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-16 telah berlangsung pada hujung minggu lalu dimana dua pasukan teratas, Johor Darul Ta’zim dan Pahang masing-masing mencatat keputusan seri. Selangor menduduki tangga ke-3 selepas menewaskan Kuala Lumpur dan Felda United merapatkan jurang dengan pasukan PKNP FC serta The City Boys selepas menewaskan PKNS FC.

Di sini, kami senaraikan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-16.

1. Khairul Amri

Jaringan menerusi Bicycle kick dari Khairul Amri berjaya membantu Felda United menamatkan kemarau kemenangan dengan menewaskan PKNS FC menerusi keputusan 5-4.

2. Sanjar Shaakhmedov

Gol pertama Sanjar menjadi titik kebangkitan Terengganu FC ketika berkunjung ke Stadium Hang Jebat pada Sabtu lalu.

3. Sanjar Shaakhmedov

Sanjar sekali lagi muncul sebagai penjaring dimana gol kedua beliau dalam perlawanan menentang Melaka memastikan Terengganu FC pulang dengan 1 mata.

4. Jafri Firdaus Chew

Jafri membuat larian solo sekaligus menjaringkan gol ketiga PKNS FC ketika mereka berdepan Felda United pada Jumaat. Namun, gol Jafri tidak cukup untuk mengelakkan PKNS daripada mengalami kekalahan.

5. Diogo Luis Santo

Build up menarik daripada kawasan sendiri berjaya disudahkan oleh Diogo Luis Santo ketika Johor Darul Ta’zim berkunjung ke Manjung. Akan tetapi jaringan Diogo tidak cukup untuk memberikan tiga mata selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.

Itulah dia 5 gol terbaik yang dihasilkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-16. Persaingan merebut anugerah Kasut Emas Liga Super musim ini semakin ramcak menuju ke penghujung saingan Liga.