Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-15 telah berlangsung pada hujung minggu lalu dimana pendahulu Liga, Johor Darul Ta’zim semakin selesa berada di puncak setelah menewaskan Kedah dengan keputusan 2-0.

Melaka United kini berada di kelompok empat pasukan teratas manakala PKNS FC dan Kuala Lumpur kembali mencatat kemenangan.

Di sini, kami rangkumkan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-15.

1. Leandro Velazquez

Curling gol daripada Leandro membantu JDT menewaskan Kedah sekaligus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga.

2. Kpah Sherman

Rembatan volley Kpah pada separuh masa kedua membantu PKNS FC kembali mencatat kemenangan.

3. J.Partiban

Gol J.Partiban pada separuh masa kedua ini gagal untuk mengelakkan Perak daripada mengalami kekalahan.

4. Nazrin Nawi

Gol menerusi sepakan percuma daripada Nazrin memastikan Melaka memintas pasukan Selangor dan menduduki tangga keempat Liga.

5. Brendan Gan

Jaringan Brendan yang mengoyakkan jaring gol Khairul Fahmi tidak cukup untuk memberikan Perak sekurang-kurangnya satu mata.

Itulah dia 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-15. JDT semakin hampir untuk meraih kejuaraan keenam dimana mereka kini berada di hadapan pasukan Pahang dengan kelebihan 13 mata.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group