Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-14 telah berlangsung pada hujung minggu lalu dimana Johor Darul Ta’zim semakin selesa berada di puncak Liga apabila berada 10 mata di hadapan pasukan Pahang.

Kedah pula kembali memintas pasukan Selangor untuk berada di kedudukan ke-3. Selain itu, tidak banyak perubahan di kelompok pertengahan serta bahawan Liga.

Di sini kami senaraikan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 Minggu ke-14.

1. Baddrol Bakhtiar

Flying header Baddrol berjaya membantu Kedah merampas semula kedudukan tempat ke-3 daripada pasukan Selangor.

2. G.Mugenthirran

Top corner finish dari penyerang PKNP FC ini memastikan pasukannya berjaya mencuri satu mata ketika berdepan dengan pasukan Selangor.

3. Safawi Rasid

Jaringan trademark Safawi membantu JDT berada 10 mata di hadapan pasukan Pahang.

4. Safee Sali

Gol pada minit-minit terakhir pada perlawanan menentang Kuala Lumpur oleh Safee memastikan Petaling Jaya City FC mengekalkan rentak kemenangan.

5. Nabil Ahmad Latpi

Bekas penyerang Ultimate FC ini terus menyinar apabila menjaringkan gol kedua untuk Terengganu FC sekaligus membantu TFC meraih satu mata minggu lalu.

Itulah dia 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-14. Pasukan yang berada di belakang JDT perlu segera bangkit jika mereka mahu mencabar kejuaraan.