Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-12 telah berlangsung pada hujung minggu lalu dimana menyaksikan Johor Darul Ta’zim semakin mengukuhkan cengkaman di tangga teratas apabila Pahang tewas kepada Petaling Jaya City FC. Pasukan Kedah pula memintas Selangor di tangga ke-3 setelah Red Giants hanya mampu seri ketika bertemu Melaka United.

Di kelompok pertengahan dan juga bawahan, tidak banyak perubahan yang berlaku. Di sini, kami bawakan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super minggu ke-12.

1. Sanjar Shaakhmedov

Rembatan dari jarak jauh yang dilakukan oleh Sanjar pada separuh masa kedua memastikan pasukannya membawa pulang satu mata dari Manjung.

2. Diogo Luis Santo

Diogo sekali lagi menjadi wira JDT apabila beliau menjaringkan dua gol bagi memastikan Southern Tigers terus mengekalkan kedudukan di tangga teratas.

3. Kipre Tchetche

Kipre meneruskan rentak jaringan beliau apabila menyempurnakan satu sepakan percuma pada separuh masa pertama. Namun, gol beliau tidak cukup untuk membantu TFC pulang dengan tiga mata.

4. Kpah Sherman

Kpah berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan berturut-turut. Akan tetapi dua jaringan beliau tidak cukup untuk memastikan PKNS FC membenam Perak.

5. Shakir Hamzah

Pemain kebangsaan Singapura ini berjaya menyudahkan gerakan serangan balas ketika Kedah membelasah pasukan Kuala Lumpur dengan keputusan 5-2.

Itulah dia 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super minggu ke-12. Liga Super akan bersambung semula pada 14 dan 15 Mei ini.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group