Kelab Buriram United malam tadi secara rasmi telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menjual 49,164 helai jersi musim 2020 pasukan itu selepas jualan dibuka semalam.

Setiap helai hersi pasukan Buriram United itu dijual pada harga THB690 atau sekitar RM95 dan berdasarkan jumlah kuantiti yang terjual semalam, mereka secara kasar telah berjaya menjana pendapatan kira-kira THB33,923,160 atau RM4,654,194 pada hari pertama jualan.

Awal bulan Disember 2019, pihak Buriram United telah membuka jualan jersi ini secara ‘pre-order’ selama 8 hari, dan jumlah jualan itu tidak termasuk dalam jumlah jualan pada hari Jumaat.

47444804_1941282032658396_2288121033552560128_o

Jika dibandingkan dengan hasil jualan hari pertama untuk jersi musim 2019, Buriram United mencatatkan peningkatan pendapatan sekitar RM1.12 juta hasil dari jualan jersi musim 2020.

Boleh dikatakan mereka memang berada dalam kelas tersendiri terutama dirantau Asia Tenggara jika dilihat dari perspektif seperti ini dan hampir tiada kelab lain mampu bersaing ketika ini.

Selain mempunyai Megastore diperkarangan stadium, Buriram United juga mempunyai sebuah kedai rasmi mereka di Icon Square, Bangkok bagi memudahkan pembeli untuk mendapatkan barang rasmi kelab itu.

Gambar dibawah ini pula menunjukkan hasil jualan jersi pada hari pertama pelancaran untuk 4 musim sebelum ini. Semalam Buriram United berjaya memecahkan rekod tersebut apabila 49.164 helai jersi terjual.

EMPHLc6U4AAKz52

Saksikan video dibawah ini untuk melihat suasana hari pertama jualan jersi Buriram United.

Penyokong bola sepak di Malaysia perlu memberikan sokongan yang lebih lagi kepada pasukan masing-masing terutama dengan membeli barangan rasmi kelab untuk membantu kewangan pasukan supaya menjadi lebih baik.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Buriram United Jana RM3.52 Juta Hasil Jualan Jersi Pada Hari Pertama Pelancaran

Thai League: DAZN Sedia Bida Hak Penyiaran Dengan Harga RM276 Juta Semusim Mulai 2021

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai