Seperti mana kita semua sedia maklum jika sesebuah kelab atau pasukan itu mahu beraksi dalam saingan diperingkat Asia terutamanya saingan AFC Champions League atau AFC Cup, mereka perlu diiktiraf dan menerima pelesenan kelab dari AFC.

Kegagalan untuk mendapat kelulusan lesen AFC akan menyebabkan kelab tersebut tidak akan dibenarkan beraksi dalam kejohanan kelab elit di Asia walaupun layak secara merit.

Baru-baru ini pihak AFC telah mengeluarkan senarai kelab atau pasukan yang telah berjaya lulus perlesenan kelab AFC dan dari senarai itu kami dapati kelab dari J.League adalah penerima paling banyak apabila 48 kelab bola sepak mereka lulus perlesenan kelab AFC (lulus penuh dan bersyarat).

EKI9_ikU8AABDUc
Pasukan Giravanz Kitakyushu FC meraikan kejayaan juara J3 League 2019 dan seterusnya menempah tempat dalam saingan J2 League 2020 dan mereka menerima kelulusan lesen AFC.

Untuk makluman semua, liga profesional Jepun terdiri dari 3 divisyen iaitu J1 League (18 pasukan), J2 League (22 pasukan) dan J3 League (18 pasukan) dan secara keseluruhannya mempunyai 58 pasukan termasuk 3 pasukan ‘reserve team’ yang bermain dalam saingan divisyen 3.

Dari angka diatas, kita boleh melihat bahawa 48 dari 55 pasukan telah berjaya lulus perlesenan kelab AFC, dan angka ini juga cukup jelas memperlihatkan bahawa mereka benar-benar menguruskan kelab secara profesional mengikut semua peraturan yang telah ditetapkan oleh AFC.

cropped_image_l
Yokohama F Marinos: J1 League Champion

Senarai kelab J1 League yang menerima lesen AFC Champions League:

  1. Hokkaido Consadole Sapporo
  2. Vegalta Sendai
  3. Kashima Antlers
  4. Urawa Reds
  5. F.C. Tokyo
  6. Kawasaki Frontale
  7. Yokohama F Marinos
  8. Matsumoto Yamaga F.C.
  9. Shimizu S-Pulse
  10. Gamba Osaka
  11. Jubilo Iwata
  12. Cerezo Osaka
  13. Nagoya Grampus
  14. Vissel Kobe
  15. Sanfrecce Hiroshima
  16. Sagan Tosu
  17. Oita Trinita
  18. Shonan Bellmare
65596460_700739777054226_3619020659395453009_n
Zweigen Kanazawa, kelab J2 League.

 

Senarai kelab J2 League yang menerima lesen AFC Champions League:

  1. Montedio Yamagata
  2. Mito Hollyhock
  3. Tochigi SC
  4. JEF United Chiba
  5. Omiya Ardija
  6. Tokyo Verdy
  7. Kashiwa Reysol
  8. FC Machida Zelvia
  9. Yokohama FC
  10. Ventforet Kofu
  11. Albirex Niigata
  12. FC Gifu
  13. Zweigen Kanazawa
  14. Kyoto Sanga F.C.
  15. Kagoshima United FC
  16. V Varen Nagasaki
  17. Ehime FC
  18. Avispa Fukuoka
  19. Fagiano Okayama
  20. Tokushima Vortis
  21. Renofa Yamaguchi FC
  22. FC Ryukyu
75435782_2449551135080193_7007314679013834752_n
AC NAGANO PARCEIRO: J3 LEAGUE 2019

Senarai kelab J3 League yang menerima lesen AFC Champions League:

  1. Blaublitz Akita
  2. Thespakusatsu Gunma
  3. AC Nagano Parceiro
  4. Kataller Toyama
  5. Roasso Kumamoto
  6. Giravanz Kitayushu
  7. Kamatamare Sanuki
  8. Gainare Tottori

Separuh Dari Pasukan Divisyen 3 Terima Lesen AFC

Saingan J3 League mempunyai 18 pasukan dimana 3 daripadanya adalah pasukan reserve team iaitu FC Tokyo U23, Cerezo Osaka U23 dan Gamba Osaka U23. Jika 3 pasukan ini tidak dikira, maka akan tinggal 15 pasukan sebenar yang beraksi.

Fakta menarik: Hanya 6 pasukan dari Malaysia yang menerima perlesenan kelab AFC dari 10 permohonan yang dihantar.

Jika diperhatikan, 8 kelab dari saingan J3 League menerima kelulusan perlesenan kelab AFC dan ini bermakna lebih 50% pasukan dalam saingan J3 League layak beraksi dalam saingan bola sepak paling elit di Asia jika mereka layak.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Jepun yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Fasiliti Kelab Divisyen 5 Jepun Ini Jauh Lebih Profesional Berbanding Majoriti Pasukan Liga Super Malaysia

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

Sumber