Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Milovan Rajevac dilaporkan berada dalam situasi genting untuk memilih pemain yang akan muncul sebagai kapten skuad kebangsaan pada kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 nanti.

Perkara ini berlaku kerana 4 tonggak utama mereka yang beraksi diluar negara sah tidak akan beraksi dalam kejohanan itu selepas Persatuan Bola Sepak Thailand membenarkan mereka untuk beraksi dengan pasukan kelab masing-masing.

Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Vissel Kobe), Teerasin Dangda (Sanfrecce Hiroshima) dan Kawin Thamsatchanan (OH Leuven) – 3 dari mereka merupakan kapten pasukan kebangsaan Thailand sebelum ini.

teerasil dangda

Rajevac percaya ketiadaan 4 tonggak utama ini akan memberikan kesan kepada misi skuad Thailand untuk mempertahankan kejuaraan mereka bermula dari 8 November hingga 15 Disember 2018 nanti.

“Sudah pasti saya akan mencari pemaim baru yang akan memakai lilitan kapten dan kami akan terlepas untuk mempunyai khidmat pemain-pemain yang beraksi diluar negara.”

“Bagaimanapun kami masih mempunyai pemain yang bagus beraksi dalam saingan domestik dan pemain diluar negara akan belajar lebih banyak lagi”

Thailand akan mengaturkan 2 perlawanan persahabatan sebelum aksi AFF Suzuki Cup 2018 nanti apabila akan bertemu Hong Kong pada 11 Oktober dan Trinidad & Tobago pada 15 Oktober 2018, sebagai persiapan untuk kejohanan itu serta Piala Asia 2019.

Sumber