Selepas saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 disambung semula dan unifi selaku pemegang hak penyiaran menawarkan tontonan secara percuma melalui saluran Youtube, berjuta tontonan berjaya dijana melalui platform itu.

Melihat kepada jumlah tontonan yang diraih oleh perlawanan yang melibatkan pasukan JDT, mereka berjaya muncul sebagai pasukan tunggal yang mencatatkan lebih 500,000 tontonan bagi setiap perlawanan mulai saingan LS5 hingga LS9.

Dari 4 perlawanan terkini yang melibatkan pasukan JDT (perlawanan pertama bertemu Pahang tiada pautan dijumpai), kelab itu berjaya meraih jumlah tontonan secara keseluruhannya sebanyak 3,648,654 atau secara puratanya 912,163 tontonan bagi setiap perlawanan!

MSL

Dari kesemua perlawanan yang disiarkan melalui saluran Youtube, perlawanan JDT bertemu Selangor muncul sebagai satu-satunya perlawanan yang meraih lebih dari 1 juta tontonan setakat ini.

Sehingga artikel ini ditulis, pecahan jumlah tontonan menggunakan platform Youtube adalah seperti berikut;

  • JDT bertemu Perak: 751,749 tontonan
  • JDT bertemu Terengganu: 966,696 tontonan
  • JDT bertemu Selangor: 1,105,580 tontonan
  • JDT bertemu PJ City: 824,629 tontonan

Berdasarkan kepada angka-angka ini jelas menunjukkan bahawa perlawanan yang melibatkan pasukan JDT mempunyai daya tarikan yang sangat kuat dari penonton dan peminat bola sepak.

Jadi tidak keterlaluan jika dikatakan nilai komersil untuk siaran perlawanan JDT adalah tinggi berdasarkan capaian dan bilangan tontonan yang hampir sekali ganda dari pasukan-pasukan lain melalui saluran Youtube sahaja.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

RTM Sports Akan Siarkan LIVE Perlawanan CIMB Liga Super JDT Bertemu Sabah Jumaat Ini

Mario Gomez Rindu Melatih Pasukan Liga Malaysia, Minat Untuk Bersama Selangor Jika Ada Tawaran

Safawi Rasid Dan Jafar Salmani Untuk Perancangan Jangka Masa Panjang, Perlu Masa Untuk Adaptasi ‘Dunia Baru’

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group