Perlawanan Malaysia bertemu UAE Selasa ini hampir pasti akan dikendalikan oleh 4 orang pengadil dari Jepun menurut kemaskini yang diterima dari pegawai pasukan dari Timur Tengah itu.

Kimura Hiroyuki yang baru sahaja dilantik untuk mengetuai pasukan VAR di kejohanan Piala Dunia Remaja U17 di Brazil pada bulan Oktober nanti diberikan mandat untuk mengadili perlawanan Malaysia bertemu UAE sambil dibantu oleh 3 lagi rakannya dari Jepun.

Pembantu pengadil pertama diberikan kepada Ochi Shinji, dan tugas sebagai pembantu pengadil ke 2 pula diserahkan kepada Nishihashi Isao manakala Tojo Minoru pula diberikan tugas sebagai pengadil ke 4.

Yokohama F.Marinos v Matsumoto Yamaga – J.League J1

YOKOHAMA,JAPAN – JUNE 22: (EDITORIAL USE ONLY) Referee Hiroyuki Kimura gestures during the J.League J1 match between Yokohama F.Marinos and Matsumoto Yamaga at Nissan Stadium on June 22, 2019 in Yokohama, Kanagawa, Japan. (Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Paling menjadi tumpuan pastinya Kimura Hiroyuki untuk mempamerkan prestasi yang setanding Takuto Okabe yang menjadi perbualan hangat penyokong bola sepak Malaysia beberapa bulan lepas.

Bekas pekerja pejabat pos di Hokkaido ini memulakan karier sebagai pengadil di Sekolah Menengah Teinetetsu untuk pasukan bawah 15 tahun dan mula mengambil lencana tahap 4 pada tahun 2000.

Beliau menerima lencana pengadil paling tinggi dari JFA pada 2006 sebelum berjaya didaftarkan sebagai pengadil dalam saingan J.League pada 2008. Seterusnya pada 2012 Kimura Hiroyuki berdaftar dengan JFA Professional Referee.

pengadil jepun

Kiri: Ochi Shinji (pembantu pengadil), Kimura Hiroyuki (Pengadil)

Apa yang menarik, Malaysia bukan satu tempat yang asing bagi mereka kerana telah beberapa kali datang mengadili perlawanan disini termasuk ketika pasukan Johor Darul Ta’zim bertemu Balestier Khalsa FC dalam saingan AFC Cup 2015.

Selain itu, beliau juga pernah mengadili perlawanan diantara Filipina bertemu China dalam kejohanan Piala Asia 2019 di UAE serta dihantar untuk mengadili perlawanan A-League diantara Melbourne Heart vs. Central Coast Mariners pada 2014.

Memiliki pengalaman dan pendedahan yang hampir sama dengan Takuto Okabe, penyokong Malaysia boleh menarik nafas lega untuk menyaksikan kualiti pengadil yang baik dalam perlawanan penting bertemu UAE Selasa ini.

Budak Tingkatan 2 Ini Lulus Lesen Tahap 3 Hierarki Pengadil Bola Sepak Jepun

Reaksi Positif Peminat Bola Sepak Terhadap Prestasi Pengadil Jepun Dalam Final Piala FA 2019

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Struktur Piramid Pengadil Bola Sepak Jepun

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group