Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan bertandang ke wilayah Jinan bagi menghadapi pasukan Shandong Luneng dalam saingan kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 malam ini.

Shandong merupakan antara pasukan terkuat dalam kumpulan E kerana mempunyai barisan pemain berstatus bintang dan kami akan menyenaraikan 4 pemain Shandong yang perlu diwaspadai oleh JDT.

1. Graziano Pelle

Graziano Pelle
Sumber Gambar: CGTN

Pelle menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan peringkat kumpulan apabila telah menjaringkan empat gol setakat ini. Dua gol ketika bertemu Kashima Antlers dan Gyeongnam FC turut memastikan Shandong tidak tewas dalam dua perlawanan pertama.

2. Marouane Fellaini

Marouane Fellaini
Sumber Gambar: Getty Images

Bekas pemain Manchester United ini memberikan impak yang segera untuk Shandong apabila menjaringkan gol kemenangan pada penampilan pertama beliau ketika bertemu Beijing Renhe. Fellaini boleh menghadirkan ancaman daripada situasi bola mati kerana ketinggian yang dimiliki beliau.

3. Roger Guedes

Roger Guedes
Sumber Gambar: Futebol Chines

Pada perlawanan malam ini, Pelle berkemungkinan besar akan dibantu oleh Roger Guedes di bahagian serangan. Guedes belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan ACL tetapi beliau berjaya mencipta impak dalam saingan Chinese Super League dengan menjaringkan dua gol setakat ini.

4. Zhou Haibin

Zhou Haibin
(Photo by Zhizhao Wu/Getty Images)

Pemain tengah berusia 32 tahun ini menampilkan aksi yang bertenaga apabila beliau menjaringkan satu gol masing-masing dalam saingan ACL dan CSL serta menjadi pilihan utama untuk mengisi bahagian tengah pasukan.

Itulah 4 pemain Shandong Luneng yang harus diberikan perhatian oleh pemain Johor Darul Ta’zim pada perlawanan malam ini. Meskipun di atas kertas Shandong mempunyai kelebihan, namun JDT juga berpeluang untuk mencipta kejutan.