Skrip yang sama masih lagi berlaku dalam pasukan Unifi Liga Super 2018 apabila tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan walaupun telah diberikan kelonggaran dan lanjutan masa untuk menyelesaikan masalah.

Kali ini, 4 pasukan Unifi Liga Super 2018 berada dalam situasi bahaya akan dipotong mata dan juga dikenakan ‘transfer ban’ atas kegagalan untuk memenuhi prosedur pendaftaran.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam memberitahu 4 pasukan tersebut gagal untuk membuat tindakan susulan walaupun berulang kali notis peringatan telah diberikan untuk menghantar penyata gaji pemain, caruman KWSP, bayaran potongan cukai pendapatan dan SOCSO sehingga bulan November 2017.

Menurut beliau lagi, semua pasukan dikehendaki untuk menghantar dokumen-dokumen itu sebelum 31 Disember 2017 dan telah diberikan lanjutan masa sehingga 3 Febuari 2018, tetapi masih gagal berbuat demikian.

“Saya tidak mahu memberitahu pasukan mana yang terlibat kepada umum. Kami tidak tahu apa masalah mereka..kerana pihak tersebut tidak berkomunikasi dengan kami,” jelas Kevin.

“Tanpa mengetahui masalah mereka, kami tidak dapat memberikan sebarang bantuan dan pada masa yang sama kami terpaksa membuat andaian yang mereka gagal membuat bayaran kerana tidak mampu memberikan rekod bukti bayaran telah dibuat.”

“Penyerahan dokumen-dokumen ini adalah syarat yang perlu dipenuhi dalam liga bola sepak Malaysia sejak bertahun, jadi saya tidak faham kenapa pasukan-pasukan ini enggan bekerjasama dalam hal ini.”

Musim lalu, 2 pasukan Liga Super Kelantan, T-Team dan pasukan Liga Premier ATM dan Perlis telah dikenakan hukuman pemotongan 6 mata bagi setiap kesalahan.

“Kami telah mengambil tindakan tegas keatas pasukan-pasukan tersebut musim lalu tetapi kesalahan yang sama masih berulang dan mereka tidak pedulikannya.

“Kami kecewa dengan sikap mereka. Kita tidak mahu menghukum pasukan tetapi sebahagian dari mereka tidak mahu untuk maju kehadapan.”

“Musim lalu kami mengambil masa yang agak lama untuk mengambil tindakan kerana pemilihan FAM serta beberapa perubahan dalam FMLLP, tetapi kami akan mengambil tindakan ketas pasukan-pasukan dengan lebih cepat tahun ini.”

Apa Dokumen Yang Diperlukan Oleh FMLLP?

Sebelum bermulanya musim baharu, setiap pasukan perlu membuat pengesahan penyertaan terlebih dahulu.

Kebiasaannya surat akan dikeluarkan oleh FMLLP dan diberikan kepada pasukan yang layak untuk beraksi pada musim hadapan.

27912854_1816002815138882_1063268492287121350_o

Contohnya, FMLLP telah mengeluarkan surat seawal bulan November 2017 kepada pasukan yang telah layak untuk bermain pada musim 2018 dan perlu membuat pengesahan dalam masa 7 hari bekerja selepas tempoh surat berkenaan dikeluarkan.

Setelah pasukan membuat pengesahan, setiap pasukan perlu menghantar dokumen melalui emel kepada Unit Pertandingan FMLLP untuk disemak. Antara dokumen tersebut adalah;
.
1) Sijil pendaftaran oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS)
2) Dokumen / surat bukti pembayaran gaji, KWSP, PERKSEO, LHDN bagi pemain dan pegawai untuk musim lepas.
3) Surat menyatakan telah menyelesaikan pembayaran tanggungan denda pemain, pegawai dan pasukan bagi musim lepas.
4) Menamakan 2 pilihan venue pertandingan, venue latihan dan hotel penginapan (45 minit jarak dari venue pertandingan).
5) Bukti pembayaran yuran penyertaan.
6) Mengemukakan bukti pembayaran deposit pemain asing.
7) Perjanjian penyertaan Pertandingan Liga Malaysia anjuran FMLLP.
.
Dalam menjadikan setiap pasukan Liga Malaysia berdaya saing, FMLLP mengambil langkah dengan meneliti dokumen setiap pasukan agar mereka benar-benar mengurus sesebuah pasukan dengan telus.

Dokumen berkaitan diambil bertujuan untuk menjaga hal kebajikan pemain dan pegawai supaya mereka dapat berkhidmat dengan penuh komited.

Kebajikan pasukan yang terpelihara dapat meningkatkan lagi prestasi sesebuah pasukan tanpa ada gangguan dari segi emosi. Contohnya seperti yang selalu kita lihat isu keluhan pemain yang tidak dibayar gaji. Ini juga dapat membendung isu salah laku pasukan yang mungkin akan dilaporkan ke peringkat lebih tinggi sekali gus mencalarkan imej bola sepak Malaysia.

 

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group