Pihak AFF semalam dilaporkan telah mengadakan satu mesyuarat secara online bagi membincangkan beberapa perkara penting berkenaan penganjuran kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 yang bakal berlangsung hujung tahun nanti.

Berdasarkan perbincangan yang dilakukan itu, beberapa kemaskini atau propsal telah dipersetujui oleh ahli yang menyertai mesyuarat tersebut seperti dibawah;

  • Pendaftaran awal pemain untuk kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 akan dibesarkan dari 50 orang pemain kepada 70 orang pemain.
  • Senarai pendaftaran rasmi adalah seramai 30 orang pemain berbanding 23 orang pemain sebelum ini.
  • Senarai pendaftaran akhir adalah seramai 23 orang pemain berbanding 20 orang pemain mengikut peraturan lama.
  • Selain itu, AFF juga dikatakan akan menggunakan peraturan baru FIFA yang membenarkan pasukan untuk melakukan 5 pertukaran pemain dalam satu perlawanan bagi memastikan keselamtan dan kesihatan pemain lebih terjamin selain mengelakkan kecederaan.

bocthamAFFcup

Berkenaan undian kejohanan AFF Suzuki 2020 pula, majlis itu akan diadakan pada bulan Ogos nanti dan jawatankuasa diperingkat AFF juga sedang mengkaji kebarangkalian untuk mengadakan kejohanan edisi 2020 ini di Vietnam selepas negara itu berjaya menerapkan langkah pencegahan efektif terhadapa penularan virus COVID-19.

Namun semua itu hanya bakal terjadi sekiranya proposal itu diluluskan oleh pihak kerajaan Vietnam selain kementerian berkenaan dan jika semuanya berjalan lancar, majlis undian akan dijalankan selepas venue kejohanan ditetapkan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Luqman Hakim Terima ‘Lampu Hijau’ Dari KV Kortrijk, Perlu Dapatkan Kebenaran Terbang Segera

Lihat Visual Padu Rekaan Lelaki Ini Untuk ‘Redevelopment of SSINS’ Kuala Terengganu Yang Dipandang Sepi Oleh Pihak Atasan

“Macam Saya Cakap Sebelum Ini Datuk Saya Berasal Dari Malaysia, Bapa Saya Pun Dari Malaysia Juga.” – Marcel Kalonda

Sumber