Juara AFC Champions League 2013 dan 2015, Guangzhou Evergrande berjaya menumpaskan Jeju United 5-3 dalam perlawanan kumpulan G saingan AFC Champions League 2018, walaupun ketinggalan 2 gol diawal permainan.

4 gol dari penyerang prolifik mereka, Ricardo Goulart berjaya menyelamatkan Guangzhou Evergrande untuk mencipta kemenangan pertama dalam AFC Champions League 2018 ini selepas seri dalam 2 perlawanan terdahulu bertemu Buriram United dan Cerezo Osaka.

28795067_1613804118689473_6240971823989288759_n

Skuad kendalian legenda Itali, Fabio Cannavaro itu turun dengan misi mencapai kemenangan namun tersentak apabila Jeju United dibawah bimbingan Jo Sung-hwan mendahului 2-0 selepas jaringan Jin Sung-wook dan Magno Cruz masing-masing pada minit ke 20 dan 29.

4 minit masa tambahan dalam separuh masa pertama, Guangzhou Evergrande merapatkan kedudukan 1-2 hasil jaringan Alan Carvalho.

28685418_2075470209146510_5140481249449607168_n

Separuh masa kedua, Ricardo Goulart mula ‘mengamuk’ dengan menjaringkan 2 gol dalam tempoh 5 minit (minit 52 dan 57), membolehkan kelab dari China itu mendahului 3-2, sebelum menjaringkan 2 lagi gol dalam tempoh 6 minit (minit 86 dan 92) menjadikan kedudukan 5-2.

Lee Chang-min sempat cuba merapatkan jurang kepada 5-3 pada minit 93, tetapi sudah terlalu lambat untuk mengejar 5 gol dari Guangzhou Evergrande.