Kemelut kewangan yang dialami oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) nyata memberi kesan bukan saja terhadap pasukan malah pemain turut menerima tempiasnya. Salah seorang pemain muda, Nik Akif Syahiran bersedia untuk berhijrah bagi menjamin masa depan dan juga karier beliau.

Jika Nik Akif memutuskan untuk meninggalkan Kelantan, 4 pasukan di bawah merupakan destinasi yang sesuai untuk pemain berusia 20 tahun ini meningkatkan lagi kualiti serta tahap permainan beliau.

1. Kedah

Fernando Rodriguez
Sumber Gambar: Futsal.asia

Kedah kehilangan beberapa pemain penting di bahagian tengah musim ini. Liridon Krasniqi, Akram Mahinan dan Halim Shaari masing-masing tidak melanjutkan kontrak dan berhijrah. Kehadiran Nik Akif dilihat dapat membantu Fazrul Danel bagi menguatkan bahagian tengah pasukan.

2. PKNS FC

PKNS FC
Sumber Gambar: Goal.com

PKNS FC masih mengekalkan Datuk K.Rajagopal sebagai pengendali pasukan musim ini. Kemampuan bekas ketua jurulatih pasukan negara itu bekerjasama dengan pemain muda mampu untuk membantu Nik Akif dalam memantapkan lagi kualiti beliau.

3. Selangor

Sean Eugene Selvaraj
Sumber Gambar: Asiana.my

Selangor sememangnya dikenali sebagai salah satu pasukan yang tidak pernah gagal dalam menghasilkan pemain muda berkualiti. Nik Akif dilihat berpotensi untuk meningkatkan lagi tahap permainan beliau kerana Selangor tidak pernah lokek untuk memberikan minit bermain kepada pemain muda.

4. Terengganu FC

Terengganu FC
Sumber Gambar: Terengganu FC

Terengganu FC mengalami prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Gandingan Nik Akif dan Lee Tuck dijangka mampu untuk mengembalikan TFC ke prestasi terbaik mereka.

Itulah dia 4 pasukan yang merupakan destinasi sesuai untuk Nik Akif Syahiran jika beliau mahu meninggalkan Kelantan. Pemain muda seperti beliau perlu mendapat minit bermain yang cukup dan beraksi di peringkat tertinggi.