Ketua jurulatih skuad kebangsaan Filipina, Scott Cooper dijangka akan memanggil 39 orang pemain untuk menyertai latihan menjelang pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023.

Filipina akan menghadapi perlawanan pertama berdepan Syria pada 5 September 2019 dan 5 hari kemudian akan menentang Guam.

12B8F92E-BC8F-4321-963E-7A1319902BA0

Ketua jurulatih Filipina, Scott Cooper

Bekas pemain Eintracht Frankfurt Stephan Schrock yang kini bersama pasukan Philippines Football League (PFL) Ceres Negros akan mengetuai senarai sebagai ketua pasukan diikuti oleh penjaga gol Cardiff City Neil Etheridge, walaupun beliau kini mengalami kecederaan hamstring.

Bagi meluaskan lagi pilihan, Scott Cooper telah memanggil 7 muka baru untuk menyertai sesi tersebut untuk menghadapi segala kemungkinan sebelum memilih 23 pemain akhir skuad Filipina.

7 pemain tersebut adalah penjaga gol Bernd Schipmann dari Jerman (Rot Weiss Ahlen) , Michael Kempter dari Switzerland (FC Zurich), Raphael Obermair dari Austria (SK Sturm Graz), Jesse Curran dari Scotland (bekas pemain Dundee United) dan Elias Mordal dari Norway (Brattvag).

907FEB76-9196-45AF-AFC9-43C24712DF6F

Selain itu, pemain muda berusia 18 tahun Yrik Galantes yang kini beraksi untuk Hibernian turut dipanggil bersama Niko De Vera yang bermain dengan pasukan kedua Portland Timbers.

Pemain-pemain veteran juga turut berada dalam senarai itu termasuklah Phil Younghusband, James Younghusband serta Patrick Reichelt bersama-sama Amani Aguinaldo dan Luke Woodland.

C843F2AB-0DA9-46B3-8F28-CBC92DCC6731

Dari 39 pemain yang dipanggil, 16 daripadanya kini beraksi dalam saingan Thai League seperti yang dilaporkan oleh VocketFC awal bulan lalu.

Baca: Pemain Filipina Dalam Thai League 2019

Berdasarkan beberapa laporan media di Filipina, skuad Scott Cooper itu sedang membina kekuatan dimana mereka menyasarkan untuk berada dalam kelompok 12 terbaik kelayakan ke-2 untuk mendapat tempat automatik Piala Asia China 2023.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group