Beberapa topik yang menarik telah diterangkan oleh FAM semalam kepada media-media tempatan dan kami akan menerbitkan artikel mengenai perkara itu secara berperingkat kepada pembaca untuk lebih jelas.

Berdasarkan pembentangan mengenai topik FC Management Team, 8 dari 21 buah pasukan didapati masih ‘dimiliki’ oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing atau kira-kira 38%.

Senarai 8 buah pasukan tersebut adalah:

  1. Kedah
  2. Perak
  3. Kuala Lumpur
  4. Negeri Sembilan
  5. Melaka
  6. Terengganu
  7. Sarawak
  8. Sabah

Semua pasukan diatas beroperasi dibawah syarikat yang telah didaftarkan, namun mengikut pembentangan semalam, syarikat tersebut ketika ini dimiliki oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing.

Berkemungkinan juga, disebabkan situasi semasa yang berkaitan sedikit sebanyak menghalang beberapa pihak untuk mengambil alih syarikat-syarikat tersebut seterusnya ‘memutuskan’ ikatan diantara kelab dan persatuan bola sepak negeri.

VOCKETFC akan menerbitkan artikel selanjutnya mengenai owner dan nama syarikat bagi semua 21 pasukan untuk rujukan semua peminat bola sepak Malaysia.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

IG Story Eyka Farhana Dedahkan Kehadiran ‘Penyokong’ Ke Stadium, MFL Wajib Tampil Beri Penjelasan

FELDA United Sah Tarik Diri Daripada Liga Malaysia

Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat