Musim baharu saingan Liga Super China (CSL) sudah bermula semalam membabitkan perlawanan pembukaan diantara Guangzhou FC menentang Guangzhou City dimana berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Malah, lebih 30, 000 penyokong hadir ke stadium menyaksikan ‘Guangzhou Derby’ tanpa mengambil kira peraturan penjarakan fizikal dan ada juga yang tidak memakai pelitup muka seolah-olah kebal daripada dijangkiti wabak COVID-19.

Ini adalah jumlah kehadiran yang paling tinggi dalam saingan Liga Super China sejak ia ditangguhkan hampir setahun kerana pandemik COVID-19.

CSL musim ini mengekalkan format yang sama seperti musim lepas dengan 16 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dimana mereka akan beraksi di venue neutral di bandar Suzhou dan Guangzhou pada pusingan pertama yang akan berakhir pada 17 Mei.

Pasukan ini akan beraksi dalam format ’round robin’, 4 pasukan teratas akan layak ke peringkat ‘Championship’ manakala 4 pasukan tercorot akan beraksi di peringkat penyingkiran liga.

Lebih menarik, sebelum sepak mula perlawanan, sebuah trofi liga yang dimenangi oleh Jiangsu FC pada musim lepas diterbangkan dengan menggunakan dron untuk diserahkan kepada wakil penaja rasmi CSL. Jiangsu FC tidak dapat menyerahkan piala itu kerana telah dibubarkan ekoran masalah kewangan.

CSL juga menetapkan peraturan yang lebih ketat iaitu setiap pemain wajib melakukan ujian saringan setiap minggu dan perlu berada di kawasan hotel tanpa ke tempat awam kecuali untuk tujuan menjalani sesi latihan.

Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ketat itu berisiko disingkirkan daripada liga dan para pegawai pasukan akan diberi amaran keras.

Dalam satu lagi perlawanan pembukaan yang berlangsung semalam, Shandong Taishan menewaskan Chongqing 2-0.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Terengganu Bakal Berdepan Persipura Jayapura Dalam AFC Cup 2021 Selepas Shan United Tarik Diri

Calon Pengganti Teerasil Dangda Ketuai Barisan Serangan Thailand

Kuwait Dan Bahrain Uji Kekuatan Harimau Malaya Sebelum Kelayakan Piala Dunia 2022