Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan beliau akan memanggil sekurang-kurangnya 30 pemain untuk menyertai kem latihan pusat bermula pada 15 Januari hingga 26 Januari 2021 sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Beberapa muka baharu turut dipanggil dan Cheng Hoe mahu mereka berusaha keras dalam sesi latihan dan menyesuaikan diri secepat mungkin dengan corak taktikalnya.

“Kami akan memberi peluang kepada beberapa muka baharu dan mereka harus menyesuaikan diri secepat mungkin.

“Saya hanya ada 12 hari sahaja, saya mahu mereka mampamerkan prestasi terbaik dan berusaha keras untuk mendapatkan tempat dalam pasukan ini. Ini akan menjadi pengalaman yang bagus untuk mereka.

“Bulan januari ini juga merupakan ujian untuk muka baharu dan jika mereka beraksi dengan baik, saya akan mempertimbangkan mereka untuk dipanggil pada bulan Mac,” kata Cheng Hoe kepada New Straits Times. 

69351181_2344514265645324_4284856625157636096_n
FOTO: FAM

Sudah setahun skuad Harimau Malaya tidak berkumpul dan berlatih bersama. Kali terakhir mereka beraksi adalah pada bulan November 2019 dan berjaya mencatat dua kemenangan 2-1 ke atas Thailand dan 2-0 ketika menentang Indonesia.

Peningkatan kes wabak COVID-19 menyebabkan kem latihan pusat tidak dapat diadakan ditambah pula dengan pembatalan saingan Piala Malaysia musim ini sekaligus menjejaskan tahap kecergasan pemain.

Setelah mengharungi 5 perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022, Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata dan masih berpeluang untuk mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe berharap dapat meraih keputusan positif pada perlawanan menentang UAE dan Vietnam pada bulan Mac 2021 nanti.

“Sudah tentu kami mahu keputusan yang positif menentang UAE (ditempat lawan) dan Vietnam (di Kuala Lumpur) pada bulan Mac kerana ia akan mencerahkan peluang untuk mendapatkan tiket beraksi di pusingan yang seterusnya.

“Kalau kami gagal mendapatkan keputusan yang bagus, ini akan memberi kesukaran pada perlawanan terakhir menentang Thailand pada bulan Jun nanti,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Ini Reaksi ‘Ekor’ Harimau Malaya Terhadap Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Yang Baru Dilancarkan

Kontrak Tan Cheng Hoe Dilanjutkan 2 Tahun Lagi, Terus ‘Pegang’ Harimau Malaya Sehingga Hujung 2022

Armin Maier Intai Peluang Sarung Jersi Harimau Malaya