Semalam telah berlangsung majlis undian pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia 2023 anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Majlis undian tersebut turut dihadiri oleh Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed dan Exco FAM, ACP (Bersara) Md Dali Wahid, masing-masing selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM serta wakil-wakil pasukan bertanding.

Saingan Piala Presiden 2023 kali ini membabitkan persaingan 17 pasukan B-20 manakala Piala Belia 2023 membabitkan 13 pasukan B-18, masing-masing dijadual bermula pada 16 dan 17 Mac ini.

Pasukan-pasukan bertanding ini diasingkan mengikut zon berdasarkan mekanisme undian yang ditetapkan oleh FAM.

Bagi Piala Belia, 13 pasukan dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Zon A, Zon B dan Zon C menakala Piala Presiden mempunyai empat kumpulan iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D.

Kedua-dua pertandingan ini dijalankan secara format ‘Round-robin’ (Home/Away) dan hanya 2 pasukan teratas serta 1 pasukan terbaik di kedudukan tempat ke-3 (9 pasukan) akan layak ke Liga 1.

Manakala pasukan yang tidak layak ke Liga 1 (8 pasukan) akan bermain di Liga 2.

Keputusan Undian Piala Belia & Piala Presiden 2023

Piala Presiden:

Zon A – Sri Pahang FC, Pulau Pinang FA, Kelantan United FC, Kedah Darul Aman FC, Terengganu FC II

Zon B – Penang FC, Kelantan FC, Perak FC II, Akademi Mokhtar Dahari B-17

Zon C – Sabah FC, KL City FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC B-20

Zon D – Melaka FA, Kuching City, JDT III, PDRM FC

Piala Belia :

Zon A – Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC, Akademi Mokhtar Dahari B-16, Penang FC, Melaka FA

Zon B – SSTMI, Kelantan FA, Pulau Pinang FA, Terengganu FC IV,

Zon C – Sabah FC, Selangor FC B-18, JDT IV, KL City FC