Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penjaga gol U22 Vietnam Nguyen Van Toan mengakui bahawa beliau sedar mengenai berita dimana Buriram United berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, tetapi pemain itu terus menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak berminat untuk bersama kelab gergasi Thailand itu.

Beraksi diluar negara adalah impian untuk mana-mana pemain Vietnam, tetapi Nguyen Van Toan yang lahir pada 1999 itu masih mahu kekal bersama Hai Phong.

“Saya ada mendengar berita ini tetapi tidak memikirkannya. Saya letak perkara ini ketepi dan hanya fokus kepada latihan pasukan. Ketika ini, saya memang tidak bersedia untuk keluar.

“Saya tidak pasti samada saya mampu untuk berkembang dengan lebih baik diluar negara kerana ia bergantung kepada masa. Masalah pertama adalah bahasa dan keduanya adalah makanan.

van-toan-1555926386-width685height465

“Sebelum ini saya pernah berada di Buriram 2 kali, dan hidup saya cukup sengsara disana. Tambahan lagi saya terpaksa berjauhan dari keluarga, dan saya pasti akan sangat merindui Vietnam.

Penjaga gol Hai Phong itu turut mengakui bahawa beliau masih mempunyai banyak kelemahan yang perlu dipertingkatkan. Oleh sebab itu beliau mahu terus berlatih menimba ilmu dan pengalaman dalam V.League sebelum memutuskan untuk keluar negara.

Sebelum ini ada laporan dari media Vietnam yang mengatakan bahawa Buriram United sanggup membayar yuran perpindahan sehingga USD270,000 atau sekitar RM1.2 juta untuk membawa Nguyen Van Toan beraksi dalam saingan Thai League.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Ketua Jurulatih Chonburi FC Buat Peraturan ‘Kejam’, Berat Badan Pemain Naik 1Kg Akan Didenda RM6,641

Pemain Vietnam Ini Dedahkan Punca 6 Pemain Skuad AFC U23 2018 Mengalami Kecederaan Ligamen Serius

VPF Bakal ‘Halau’ Kelab Song Lam Nghe An Beraksi 250KM Dari Stadium Vinh, Padang ‘Hancur’ Punca Utama Tindakan

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group