Selepas seri 2-2 dalam perlawanan antarabangsa A beberapa hari lalu serta kejutan 14 orang pemain JDT yang meninggalkan kem pasukan kebangsaan, sekarang timbul pula satu isu yang menjadi perhatian penyokong bola sepak Malaysia.

Semalam, laman web Persatuan Bola Sepak Nepal telah memuatnaik satu kenyataan berkenaan pembatalan perlawanan persahabatan A bertemu Malaysia pada 1 April ini dengan memberikan alasan teknikal.

Bagaimanapun, sebuah laman web bola sepak Nepal – GoalNepal.com melaporkan bahawa keputusan itu dipercayai kerana kelab-kelab domestik mereka enggan melepaskan pemain untuk tugasan di luar kalendar FIFA itu.

Kemaskini: 2 pemain JDT kembali ke dalam skuad kebangsaan.

1) Perlawanan Diluar Kalendar ‘FIFA International Match’

Berdasarkan kalendar perlawanan antarabangsa 2018-2024 yang telah dikelaurkan oleh FIFA, tarikh perlawanan persahabatan pada 1 April 2018 itu adalah diluar dari ‘FIXED DATES FOR INTERNATIONAL “A” MATCHES 2018-2024’.

2018-03-25_2-22-31

Nota: Perlawanan antarabangsa A boleh diadakan diluar dari kalendar FIFA diatas, rujuk perkara (2) dibawah.

2) Permohonan Kelulusan Perlawanan Antarabangsa A Dari AFC & FIFA

Mengikut perkara 7 Regulations Governing International Matches, perlawanan antarabangsa A berada dalam kategori Tier 1 International Matches yang memerlukan kelulusan dari pihak FIFA.

2018-03-25_2-33-08

Berdasarkan dari dokumen Regulations Governing International Matches yang dikeluarkan oleh pihak FIFA – Perkara 10, Authorisation procedure for tier 1 International Matches
and competitions, memberitahu bahawa pasukan-pasukan yang terlibat dalam sesebuah perlawanan antarabangsa A, perlu memohon kebenarandari konfederasi mereka sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh perlawanan yang dicadangkan.

Setelah menerima pengesahan daripada pihak konfederasi, pihak yang menjadi tuan rumah kepada perlawanan itu perlu menghantar permohonan kepada FIFA bersama-sama dokumen yang diperlukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh perlawanan dicadangkan.

2018-03-25_1-13-00

3) Pasukan / Kelab Perlu Melepaskan Pemain Atau Tidak?

Apa yang menjadi bualan para penyokong sekarang adalah samada pemain-pemain yang terlibat dengan tugasan kebangsaan wajib dilepaskan oleh pasukan ataupun sebaliknya.

Berdasarkan kepada perkara (e) dalam Release of players for national association representative matches in accordance with the Coordinated International Match Calendar, dengan jelas memberitahu bahawa kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain mereka untuk perlawanan antarabangsa diluar kalendar FIFA.

2018-03-25_1-21-51

Keraguan Timbul, Mohon Penjelasan Dari FAM

29064508_1610847995678625_214814014230792387_o

  • Apakah urusan untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa A bertemu Bhutan telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti tempoh untuk menerima kelulusan sebelum tarikh perlawanan yang dicadangkan.

 

  • Adakah dengan mengadakan 1 lagi perlawanan persahabatan antarabangsa A, mampu memberikan impak yang signifikan kepada pungutan mata FIFA Malaysia seterusnya memberikan pergrakan positif kepada ranking FIFA untuk kemaskini akan datang.

Nota: Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan penjelasan bagaimana ia berlaku sebagai rujukan dimasa depan.