FIFA Century Club merupakan satu senarai pemain-pemain setiap negara yang telah berjaya mencapai sekurang-kurangnya 100 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Berdasarkan kemaskini yang dilakukan oleh FIFA pada 4 Mei 2021 yang lalu, setakat ini 3 orang pemain dari Malaysia berada dalam senarai terkini daripada keseluruhan 494 orang pemain yang telah menempatkan diri dalam FIFA Century Club.

3 pemain Malaysia yang berada dalam senarai FIFA Century Club adalah;

SALLEH Shukor MAS 163 1970-11-15 SVM 1981-09-12 UAE
DAHARI Mokhtar MAS 138 1972-06-07 SRI 1985-05-19 KOR
ARUMUGAM Rengasamy MAS 131 1973-05-17 HKG 1986-09-23 QAT

Mengikut senarai ini, Shukor Salleh merekodkan bilangan penampilan paling banyak (sehingga kemaskini 4 Mei 2021) dengan 163 kali, dimana penampilan pertama beliau adalah pada 15 November 1970 ketika bertemu South Vietnam dalam kejohanan King’s Cup 1970.

shukor salleh

Tempat ke-2 pula dipegang oleh Mokhtar Dahari dengan 138 penampilan bermula pada 7 Jun 1972 ketika berdepan Sri Lanka, manakala R. Arumugam pula tampil sebanyak 131 kali – penampilan pertama pada 17 Mei 1973.

Soh Chin Ann Bakal Terajui Senarai Penampilan Paling Banyak

Mengikut beberapa maklumat yang dibincangkan seperti dibawah, Dato’ Soh Chin Ann merupakan pemain Malaysia dengan rekod penampilan paling banyak.

Sekiranya semua proses kelulusan berjalan dengan lancar, Dato Soh Chin Ann akan muncul selaku pemain yang memiliki jumlah penampilan bersama skuad kebangsaan paling banyak didunia – 198 penampilan, yang diiktiraf oleh FIFA.

Jika dilihat dari pemain yang masih aktif beraksi untuk Malaysia, Aidil Zafuan berpeluang untuk berada dalam senarai FIFA Century Club jika terus dipanggil beraksi dengan skuad kebangsaan lagi selepas ini.

Untuk melihat senarai penuh pemain dalam FIFA Century Club, sila rujuk pautan ini.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?

TERKINI: AFC Umumkan 22 Pasukan Layak Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia, 4 Pasukan Beraksi Di Play-Off

Pemain Vietnam Jual T-shirt Dengan Grafik ‘Jatuh Dalam Kotak Penalti’ Di Lazada Dengan Harga RM54 Sehelai