3 pemain Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), mencipta sejarah apabila dijemput untuk mewakili skuad utama Paris Saint-Germain U13 bagi menyertai satu kejohanan tersohor Eropah – V Memorial Giuseppe Augello International Tournament di Rome mulai 21 hingga 24 Jun 2018.

Trio AMD yang berjaya memikat pihak PSG iaitu Hazriq Haqqim Mohd Izham, Rohisham Haiqal Hashim and Mohammad Haykal Danish akan mewakili kelab dari Perancis itu dalam kejohanan-kejohanan akan datang sebelum mereka ditawarkan kontrak apabila sudah mencapai usia 18 tahun.

Hazriq Haqqim Mohd Izham, yang telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dalam kejohanan Joinville Cup di Perancis April lalu, mahu membuktikan pemilihan beliau merupakan satu usaha yang berbaloi dan tidak sia-sia.

35628413_10156434560447418_7386715202131066880_n

“Semua orang tahu ramai pemain-pemain terbaik dunia bermain di PSG, jadi saya amat teruja dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari tempat dalam pasukan.

“Saya tahu saingan pasti sukar tetapi ia tidak mustahil. Saya harap dapat menampilkan aksi terbaik agar mereka berminat dan dapat buka pintu seluas-luasnya untuk pemain dari Malaysia bermain di sana,” katanya yang mengakui meminati penjaga gol Manchester United dan Sepanyol, David de Gea.

2018-06-20_10-59-15

Dalam kejohanan itu nanti, trio AMD yang mewakili PSG itu akan menyertai 15 kelab eropah lain seperti Atletico Madrid, Juventus, Parma Calcio, AC Cesena, AS Roma, Torino FC, Lazio, Inter Milan, Frosinone, Teramo, Udinese, Coltea Brasov,A. S. D. Polisportiva Carso, Atletico Lodigiani dan Real San Marzano.

“Hari ini kita gembira apabila ada pemain-pemain muda kita berjaya mendapat tempat di Eropah. Bukan mudah untuk mengetuk pintu kelab-kelab besar seperti PSG ini, namun saya percaya bakat pemain kita ini cukup hebat dan mampu meraih keputusan terbaik nanti,” kata Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.

Sumber