Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam temu bual bersama media selepas  majlis pelancaran Liga Malaysia 2020 di Acapella Suite Hotel petang tadi menjawab pertanyaan berkenaan pasukan yang mempunyai masalah tunggakan hutang itu.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh beliau, 3 pasukan akan berdepan diberikan amaran terakhir untuk menyelesaikan permasalahan itu, dan jika gagal melangsaikannya mengikut tarikh yang ditetapkan, pemotongan mata serta berdepan tindakan dikeluarkan dari semua pertandingan musim 2020.

Screenshot 2020-01-15 at 7.41.08 PM

Berikut adalah 3 tarikh yang dinyatakan oleh Stuart Ramalingam kepada pasukan-pasukan terbabit;

31 Januari 2020: Sekiranya pasukan gagal menyelesaikan tunggakan gaji tidak dibayar atau tiada persetujuan bersama dicapai dengan pemain terlibat 3 mata akan ditolak untuk liga musim 2020.

28 Febuari 2020: Jika pasukan tidak juga membayar tunggakan atau melanggar perjanjian yang telah dibuat bersama pemain, 6 mata akan ditolak.

30 Mac 2020: Jika masih lagi terdapat isu tunggakan dan pelanggaran perjanjian bersama pemain masih berterusan sehingga tarikh ini, pasukan tersebut akan dikeluarkan dari saingan liga dan semua kejohanan utama di Malaysia.

Keputusan ini telah diambil dan akan semuanya akan berlaku secara automatik jika pada tarikh diatas pasukan-pasukan terbabit masih gagal atau lemanggar perjanjian yang dibuat.

Screenshot 2020-01-15 at 7.43.24 PM

Sekiranya pasukan itu dikeluarkan dari liga, mereka perlu bermula dari bawah selain wajib menyelesaikan tunggakan yang ada sebelum dibenarkan beraksi dari bawah.

Stuart Ramalingam bagaimanapun tidak mendedahkan nama 3 pasukan tersebut kerana mahu menghormati pasukan – komunikasi rasmi akan dihantar kepada mereka dahulu, sebelum mendedahkannya dalam kenyataan rasmi FAM tidak lama lagi.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

FA Thailand Beri Dana Tambahan RM2.33 Juta Kepada Kelab Thai League 2 Untuk Tujuan Pembangunan

FA Thailand Tandatangan MOU Dengan King Power, Bina Kompleks Latihan Komprehensif Bernilai RM68.75 Juta

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja