Skuad bimbingan Park Hang-seo terus membuktikan mereka merupakan salah sebuah pasukan pencabar kuat dalam kumpulan G untuk merebut tempat dalam pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Kemenangan kedua berturut-turut Vietnam selepas menewaskan Malaysia minggu lalu serta seri apabila bertemu Thailand dalam perlawanan pertama membolehkan mereka mengumpulkan 7 mata dari 3 perlawanan.

Manakala bagi pasukan Indonesia pula, ini merupakan kekalahan ke 4 berturut-turut dari 4 perlawanan dan mereka kekal berada ditangga tercorot kumpulan G tanpa sebarang mata.

EG6g0qZUYAAd8tE
Kesebelasan utama pasukan Indonesia bertemu Vietnam.

Kemasukan Irfan Bachdim dan terus berjaya menjaringkan gol selepas hanya 3 sentuhan dilihat sebagai satu tonik untuk Indonesia bangkit namun sudah terlalu lambat untuk mengejar kembali kedudukan. Indonesia tewas 1-3 selepas 90 minit permainan.

Selepas perlawanan malam ini, Indonesia hanya mempunyai 1 lagi perlawanan di tempat sendiri apabila mereka akan menerima kunjungan pasukan UAE pada 31 Mac 2020. 19 November nanti juga merupakan tarikh penting bagi mereka apabila akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bertemu Malaysia.

Dengan kekalahan ini juga akan terus mendesak ketua jurulatih Indonesia, Simon Mcmenemy untuk meletakkan jawatannya rentetan kekalahan demi kekalahan yang menarapkan impian ‘mendunia’ mereka untuk mara sejauh mungkin.

Baca juga artikel lain mengenai kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 yang mungkin terlepas pandang sebelum ini.

Beto Goncalves Yakin Indonesia Akan Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022

Stesen Televisyen Vietnam Sanggup Belanja RM147 Juta Bagi Tayangkan Perlawanan Antara Vietnam Menentang Indonesia

Simon McMenemy Mungkin Dipecat Jika Indonesia Tewas Kepada Vietnam

Indonesia Bawa Masuk Pemain Naturalisasi Baharu, Otavio Dutra