Impian Manchester United untuk ke final Piala FA musim 2019/20 musnah kerana kecuaian aksi mereka di atas padang yang dihukum Chelsea.

Man United miliki keyakinan tersendiri selepas rekod cemerlang ke atas Chelsea musim ini dalam 3 perlawanan terdahulu.

Ole Gunnar Solskjaer membuat perubahan formasi dengan menggunakan sistem back 3 dan mengarahkan Daniel James menjadi penyerang kembar bersam Marcus Rashford.

United hadir dengan reputasi tak kalah dalam 19 perlawanan.

Chelsea tampil dengan garang dalam perlawanan ini dengan lebih bernafsu untuk berada di kawasan lawan dengan penguasaan bola tinggi.

Chelsea di hadapan menerusi Olivier Giroud yang melakukan kuisan jarak dekat menewaskan De Gea yang melakukan keeper error pertamanya malam itu.

Dan Mason Mount menambah satu lagi gol. Kali ini De Gea melakukan satu lagi kesilapan penjaga gol dengan terlepas bola yang ditembak oleh Mount dari luar kotak penalti.

Man United kemudian melakukan berberapa pertukaran pada separuh masa kedua termasuk membawa Anthony Martial dan Paul Pogba.

Namun tidak banyak yang mereka boleh lakukan.

Sebaliknya Chelsea menambah gol ketiga. Kali ini giliran Harry Maguire pula melakukan defensive error dengan tertampan bola ke gawang sendiri.

Man United mendapat gol saguhati menerusi penalti oleh Bruno Fernandes.

Chelsea memastikan mereka akan kembali semula ke Wembley untuk aksi final berdepan dengan jiran sebandar mereka Arsenal.

Final yang menyaksikan pengurus yang melakukan debut akan menjulang Piala FA musim ini, sama ada Frank Lampard ataupun Mikel Arteta.

Dalam aksi terdahulu, Arsenal menyingkirkan sebuah lagi pasukan Manchester iaitu Man City dengan skor 2-0.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

‘Kami Berhak Dapat Trofi’ – David Luiz

Ole Bidas Mourinho & Lampard: Faktanya, Man United Banyak Menjadi Mangsa VAR

Piala FA: Arsenal Ke Final, City Gagal Pertahankan Kejuaraan