Tiga kelab elit Thai League 1 iaitu Port FC, Muangthong United dan Bangkok United menolak keputusan pengelola liga, Thai League yang memansuhkan penggunaan Video Assistance Referee (VAR) bagi baki saingan liga musim ini.

Thai League memutuskan untuk tidak lagi menggunakan VAR dan menyatakan mana-mana pasukan yang berminat untuk menggunakan khidmat tersebut perlu membayar sendiri kos operasi bagi setiap perlawanan iaitu sebanyak THB82,000 atau kira-kira RM11,000.

Penggunaan

Langkah yang diambil oleh pengelola liga itu dipercayai kerana Thai League berdepan dengan masalah kewangan yang teruk selain “kehilangan” wang hak penyiaran apabila pihak TrueVision tidak akan menyiarkan perlawanan liga domestik selepas 25 Oktober 2020.

Keputusan ini nyata tidak dipersetujui oleh beberapa pasukan yang beranggapan penggunaan VAR perlu diteruskan bagi menjaga kualiti perlawanan dan mengelakkan kesilapan pengadil daripada berlaku.

Port, Muangthong dan Bangkok sepakat untuk menolak langkah tersebut dan ketiga-tiga kelab ini akan mengadakan sidang media dalam jangka masa terdekat.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League 1 di sini:

Naib Presiden BG Pathum United Nafi Kelab Mahu Tandatangani Diogo Luis Santo

Nissan Motor Thailand ‘Belanja’ 9 Buah TERRA Model Terkini Untuk Kegunaan SCG Muangthong United

Pengerusi Port FC, Madame Pang Berminat Dapatkan Diogo Luis Santo