Semalam, skuad Tok Gajah tewas 1-2 kepada Terengganu FC pada aksi terakhir saingan CIMB Liga Super 2020 sekaligus gagal berada dalam kelompok 5 pasukan teratas musim ini.

Disebalik kekalahan itu, salah seorang pemain muda Pahang, Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila menjaringkan gol pembukaan melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Ia adalah jaringan ketiga beliau selepas 3 perlawanan menentang Kedah dan Perak. Rata-rata peminat bola sepak tempatan berpendapat pemain yang berusia 23 tahun ni mempunyai kekuatan di kaki kiri dan kanan serta bakal menjadi aset penting bagi pasukan Pahang.

Malah, terdapat juga penyokong mahu beliau diberikan peluang untuk dipanggil ke skuad kebangsaan jika masih mengekalkan prestasi yang konsisten dalam perlawanan seterusnya.

Sebenarnya, Nik Sharif pernah dipanggil menyertai skuad Malaysia bawah 22 tahun (B-21) ketika dibawah kendalian Frank Bernhardt. Pasukan B-22 negara ketika itu dikenali sebagai skuad Projek Sukan SEA 2017.

Sebelum ini, Pahang sering menggunakan khidmat Mohamadou Sumareh di posisi sayap kanan. Lebih menarik, semalam mereka menggunakan 100% pemain tempatan tanpa kelibat pemain import selepas Adam Reed dikeluarkan kerana kecederaan.

Namun, ketiadaan Sumareh yang memilih untuk menyertai kelab Thailand ternyata tidak begitu memberi kesan kepada Pahang kerana mereka masih mempunyai beberapa pemain muda yang boleh diharapkan.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh tetap menghamburkan pujian kepada anak buahnya walaupun tidak berjaya membawa pulang 3 mata penuh.

Screen Shot 2020-10-12 at 11.51.57 AM (2)

Menurutnya, beliau amat berpuas hati dengan persembahan pemain muda selepas ketiadaan beberapa tonggak utama akibat kecederaan.

“Saya puas hati sebenarnya dari segi persembahan. Kalau kita tengok rata-rata, kita bermain dengan pemain tempatan dan pemain muda tapi kita masih boleh memberi saingan sengit cuma bezanya bila kita bermain dengan 10 pemain.

“Itu yang buat pasukan jadi kucar kacir, ramai juga pemain yang injured, tapi keseluruhannya saya rasa malam ini sepatutnya kalau kita masih lagi bermain, kita boleh beri saingan lebih sengit lagi lah.

“Cuma yelah ini bola sepak dan saya kena terima hakikat dengan kecederaan pemain. Hampir 6 orang pemain cedera dalam padang, ini jadi satu kemusykilan dan saya pun kena terima hakikat,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Hariss Harun Ditawar Biasiswa University of Coventry, Persediaan Selepas Tamat Karier Pemain Bola Sepak

Prestasi Kedah Kali Terakhir Beraksi Dalam Saingan Piala AFC

Nidzam Jamil Terima Beberapa Tawaran Dari Pasukan Liga Malaysia