Perlawanan pembukaan bagi Kumpulan H baru sahaja tamat dengan pasukan Jepun berjaya mengatasi Colombia dengan keputusan 2-1.

Berlangsung di Mordovia Arena, keputusan itu menjadikan Jepun sebagai negara Asia yang pertama berjaya menewaskan pasukan dari Amerika Selatan di pentas Piala Dunia mengikut rekod yang disediakan oleh OPTA.

Dari 18 pertemuan dengan pasukan dari Amerika Selatan, pasukan dari Asia tewas 14 kali, seri 3 kali dan menang 1 kali.

Selain itu, diawal minit ke 3 permainan, pemain Colombia, Carlos Sanchez Moreno dilayangkan kad merah selepas menghalang bola rembatan Shinji Kagawa dalam kotak penalti.

Carlos-Sanchezs-red-card-after-two-minutes-and-56-seconds-is-the-second-fastest-shown-in-World-Cup-history-after-Jose-Alberto-Batista-for-Uruguay-vs-Scotland-in-1986-54-seconds

Insiden ini telah dicatatkan sebagai layang kad merah kedua paling pantas dalam sejarah Piala Dunia sejak Jose Alberto Batista dibuang padang selepas hanya 54 saat perlawanan berlangsung pada Piala Dunia edisi 1986 ketika Uruguay bertemu Scotland.

Pemain tengah Jepun yang beraksi untuk kelab Pachuca CF di Mexico, Honda Keisuke, direkodkan oleh OPTA sebagai pemain Asia pertama yang melakukan bantuan gol dalam 3 edisi Piala Dunia sejak 1966.

Keisuke+Honda+Pachuca+vs+Leon+Torneo+Clausura+AvSuJVrYdbLl

Dalam perlawanan bertemu Colombia itu tadi, Honda melakukan hantaran lintang kedalam kotak penalti dan berjaya ditanduk masuk oleh Yuya Osako untuk membolehkan Jepun mendahului Colombia 2-1.

Dalam edisi kali ini, skuad 23 orang pemain Jepun dianggotai oleh 15 pemain yang berpangkalan diluar negara dan hanya 8 pemain yang beraksi dalam saingan tempatan.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group