Kelab gergasi liga bola sepak Thailand, Buriram United hari ini telah melancarkan jersi terbaru mereka sempena dengan ulang tahun ke 10 penubuhan kelab itu.

Kelab yang dahulunya dikenali dengan nama Provincial Electricity Authority (PEA), mula diambil alih oleh Newin Chidchob pada tahun 2009 itu telah dipindahkan ke Buriram dan namanya diubah kepada Buriram PEA. Nama Buriram United mula digunakan bermula sekitar tahun 2012.

Buriram United

Sempena menyambut ulang tahun ke 10 mereka sejak berpangkalan di Buriram, kelab itu telah melancarkan jersi edisi terhad untuk peminat mereka dan tempahan boleh dibuat melalui laman web Buriram United.

Apa yang menarik perhatian mengenai jersi edisi khas ini selain sempena ulang tahun penubuhan kelab Buriram United adalah;

Capture

1. Dihasilkan menggunakan botol plastik yang dikitar semula.

  • Setiap sehelai jersi edisi khas Buriram United ini dihasilkan dengan menggunakan 17 biji botol plastik yang telah dikitar semula. Material ini dilihat sebagai satu langkah untuk menyokong usaha kesedaran menjaga alam sekitar.

2. Pattern jersi

  • Selain dari material, jersi ini turut meletakkan pattern wilayah Buriram sebagai tanda penghargaan kepada pemilik jersi yang selama ini menyokong kelab Buriram United.
  • Ini turut melambangkan bahawa hubungan antara kelab dan komuniti cukup rapat bagi mengukuhkan lagi kelab Buriram United dijiwa penduduk Buriram khasnya.

3. Tag jersi yang unik.

  • Tag pada setiap helai jersi edisi khas ini juga mempunyai keunikan yang tersendiri.
  • Setiapkeping tag ini telah dicampurkan dengan benih pokok, dan pembeli boleh terus menanam tag ini untuk menghijaukan bumi.

jersi buriram

Menurut laman web Buriram United, jersi edisi khas ini hanya dihasilkan sebanyak 20,000 helai sahaja dan dijual dalam pelbagai saiz.

Berdasarkan tinjauan juga, jersi ini dijual pada harga THB790 (RM108) sehelai dan dijangka akan habis dijual dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Artikel lain berkaitan Buriram United yang menarik untuk dibaca.

31 Hari Selepas Pelancaran Jersi 2019, Buriram United Raih Jualan Berjumlah RM16.13 Juta

Buriram United Jana RM3.52 Juta Hasil Jualan Jersi Pada Hari Pertama Pelancaran

Pemain Berketurunan Melayu Ini Beraksi Dengan Pasukan No.1 Liga Thailand