Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan dengan isu tunggakan gaji apabila Sabah FC dikatakan tidak membayar gaji pemain mereka selama 3 bulan sejak bulan Februari lalu.

Perkembangan ini didedahkan oleh sebuah laman twitter milik penyokong setia Sabah iaitu SabahRhinos. Pemain Sabah FC dilaporkan telah memboikot sesi latihan pada petang ini dan terus pulang ke rumah masing-masing.

Ia sekaligus menjejaskan persiapan mereka untuk  menghadapi perlawanan Liga Super menentang Penang FC pada hari ahad ini.

Lebih mengejutkan, ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto serta barisan pembantu jurulatih turut dikatakan tidak menerima gaji selama 4 bulan dan situasi itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat pasukan itu termasuk dari Indonesia.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis belum ada kenyataan rasmi daripada pengurusan Sabah FC dan tidak sepatutnya isu ini berlaku ketika saingan liga tengah berjalan.

Sebelum musim baharu bermula, sudah kedengaran 5 pasukan Liga Malaysia mempunyai masalah pembayaran gaji dan kemungkinan Sabah FC merupakan salah satu daripada pasukan tersebut.

Ia sangat menyedihkan kerana kita sudah masuk era penswastaan selain MFL (Malaysia Football League) juga sudah memperkenalkan Program Kawalan Ekonomi (ECP) untuk mewujudkan peraturan belanjawan, kriteria, prosedur dan mengelakkan kelab berbelanja secara berlebihan berdasarkan kemampuan mereka.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini dilaporkan tidak memberi jaminan bahawa penswastaan dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang sudah lama membelenggu kancah Liga Malaysia.

Namun, setiap pasukan sepatutnya membuka tirai penswastaan bermula musim ini dengan perkara yang lebih positif, bukannya terus dijangkiti ‘penyakit’ lama.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji Liga Malaysia yang pernah dilaporkan sebelum ini. 

Perak Hadapi Masalah Tunggakan Gaji?

Bekas Pemain Tuntut Kuantan FA Dan Marcerra United Langsaikan Tunggakan Gaji Sebelum Diheretkan Ke Mahkamah Sivil

Melaka United Mahu Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Secepat Mungkin

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group