Selepas mula melancarkan liga bola sepak profesional sendiri pada awal tahun 1993, Jepun terus melangkah kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagi.

Lebih dikenali sebagai J.League, mereka bermula dengan hanya 10 pasukan yang digelar sebagai ‘The Original 10’, mereka kini memiliki 56 buah kelab profesional yang besaing dalam 3 divisyen utama.

Perkembangan bola sepak diperingkat domestik telah mempengaruhi prestasi skuad kebangsaan Jepun sehingga mereka mampu menjadi sebuah pasukan regular dalam kejohanan Piala Dunia.

news_280901_1

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai ramai pemain Jepun yang sudah berhijrah ke eropah, tetapi masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana aksi sebuah liga yang membantu pemain-pemain itu mendapat tempat bersama kelab-kelab hebat di eropah.

Kini, perkara seperti itu semakin menjumpai penyelesaiannya apabila J.League telah berjaya ‘memecah’ masuk ke eropah dan membolehkan lebih banyak aksi pemain dalam liga tempatan mereka menerima perhatian.

Baru-baru ini, J.League secara rasmi mengumumkan bahawa siaran perlawanan saingan J1 League boleh disaksikan secara langsung di 20 buah negara diseluruh dunia.

Berikut adalah senarai penyiar rasmi saingan J.League dan nama negara yang terlibat setakat ini;

asis

europe

Hasil dari usaha semua peringkat telah membawa aksi bola sepak mereka ke satu tahap yang lebih tinggi seterusnya bukan sahaja membawa merit kepada pemain dan pasukan malahan turut dirasai oleh semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak.

pic_08

Perkara seperti ini akan menjadikan lebih ramai lagi pihak, individu serta komuniti akan berganding bahu menwujudkan lebih banyak lagi kelab yang membuka peluang yang lebih besar kepada semua dimana ia selari dengan misi dan visi penganjur liga itu sendiri untuk memiliki 100 buah kelab profesional dalam tempoh 100 tahun.

Dalam gambar diatas, ia jelas menunjukkan semua kelab profesional Jepun yang ada ketika ini dan senarai ini akan meningkat secara berperingkat jika berjaya muncul sebagai sebuah kelab profesional.

Melihat kepada apa yang kita ada ketika ini, Malaysia mula memperkenalkan saingan liga profesional sekitar 1994 dimana hanya setahun perbezaannya. Tetapi selepas hampir 27 tahun kita dapat saksikan bahawa pasukan dalam saingan domestik Malaysia masih ada yang terkial-kial untuk muncul sebagai pasukan yang benar-benar profesional.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

RTM Sports Akan Siarkan LIVE Perlawanan CIMB Liga Super JDT Bertemu Sabah Jumaat Ini

BG Pathum United Kekal Rekod Tanpa Kalah, Momentum Padu Kejar Slot AFC Champions League 2021

Mario Gomez Rindu Melatih Pasukan Liga Malaysia, Minat Untuk Bersama Selangor Jika Ada Tawaran

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group