Edisi AFF Suzuki Cup 2020 kali ini sudah dijangka bakal berdepan dengan cabaran diluar kawalan sesebuah pasukan itu sendiri sepanjang tempoh berlangsungnya kejohanan di Singapura.

Terkini, pasukan Myanmar yang diundi dalam kumpulan A sedang berdepan dengan risiko hanya mampu menyenaraikan 13 pemain sahaja termasuk 4 penjaga gol apabila 10 pemain lain terpaksa menunggu keputusan ujian semula COVID-19 dan 4 lagi pemain yang dibawa mengalami kecederaan.

Ketua jurulatih Myanmar, Antoine Hey dalam sidang media yang berlangsung tengahari tadi mendedahkan perkara itu dan beliau sendiri tidak dapat hadir ke venue sidang media dan hanya bercakap melalui aplikasi zoom kerana beliau merupakan kontak rapat kepada 10 pemain yang perlu menjalankan ujian semula.

“Ini bermakna 14 pemain mungkin tidak akan diturunkan (berdepan Singapura), dan kami berdepan risiko menyenaraikan 13 pemain sahaja termasuk 4 penjaga gol,”

“Kami harap akan memiliki pemain yang cukup dan bersedia untuk beraksi, dan kami tidak pasti mengenai perkara itu (ketika ini).”

“Ini bukan situasi terbaik kami, tetapi kami akan cuba yang terbaik dan kita akan lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam lagi.”

Nota: Peraturan FIFA menjelaskan bahawa, sesebuah pasukan perlu mempunyai sekurang-kurang 7 pemain diatas padang untuk perlawanan dilangsungkan.

Tambahan lagi, keadaan semasa di Myanmar juga tidak membantu persiapan skuad kebangsaan mereka kerana wujudnya isu politik selain pandemik yang melanda.

“Kami memang mengalami kesukaran dari pelbagai sudut, yang memaksa kami melakukan permulaan baharu.”

“Untuk mencari pemain muda apabila liga tidak berlangsung adalah sesuatu yang sukar. Pembinaan semula pasukan bermula pada bulan Mei dengan skuad yang tidak kompetitif, tetapi kami belajar dari situ dan cuba mempersiapkan mereka dengan match-fit dan kompetitif sebaik mungkin sejak 6 minggu lalu.”

Beliau turut menjelaskan bahawa pasukan Singapura adalah clear favourite dan banyak tekanan untuk mereka sebagai tuan rumah dan berdepan dengan 10,000 penyokong ditempat sendiri.

“Melabelkan mereka (Singapura) selain dari pasukan pilihan adalah satu lawak, tetapi dalam bola sepak semuanya tidak mustahil.”

Myanmar akan berdepan Singapura dalam perlawanan ke-2 kumpulan A yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional pada jam 8.30 malam esok.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Pengurus Skuad Thailand Tenang ‘Tabur’ Bonus RM2.5 Juta Jika Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020

Disebabkan 1 Kesilapan ‘Bodoh’ VFF, Pemain Tengah Vietnam Ini Dihalau Keluar Dari Singapura Serta-Merta

Tan Cheng Hoe Harap FC Midtjylland Beri Pelepasan Lebih Awal Untuk Dion Cools Bersama Malaysia