Ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P. Maniam semalam telah memilih 27 pemain untuk menyertai kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad, 7 Julai 2019 sebagai persiapan bagi menghadapi Kejohanan AFF B-15  yang akan bermula dari 24 Julai hingga 10 Ogos 2019 di Institut Pendidikan Fizikal, Chonburi, Thailand.

MAS U15
Senarai pemain yang dipanggil.

Dalam senarai tersebut, 23 pemain adalah pelatih daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD), seorang pemain daripada Sekolah Sukan (SSTMI) dan dua pemain daripada Akademi JDT. Hanya seorang pemain daripada sekolah harian biasa (SMK Ibrahim Fikri) turut dipilih kali ini.

Sebelum menyertai kejohanan AFF B-15, mereka akan berangkat ke China terlebih dahulu untuk menyertai Kejuaraan CFA B-15 International Tournament yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 23 Julai 2019 sebagai pemanas badan.

Dalam kejohanan di sana, mereka dijadualkan bertemu Iran B-15 pada hari Khamis, 18 Julai 2019, China B-15 pada Sabtu, 20 Julai 2019 dan Korea Utara B-15 pada Isnin, 22 Julai 2019.

Kemudian, skuad B-15 kebangsaan akan terus berlepas ke Chonburi, Thailand untuk kempen Kejuaraan B-15 AFF 2019, di mana mereka telah diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Thailand, Laos, Kemboja, Brunei DS dan Australia.

Selain itu, anak buah P. Maniam turut akan menghadapi kelayakan kejuaraan AFC b-16 2020 pada bulan September ini dimana mereka diundi dalam Kumpulan J dan akan bertemu Kemboja (18 September 2019), Laos (20 September 2019) dan Jepun (22 September 2019) serta Laos yang merupakan tuan rumah bagi kumpulan tersebut.

Pada bulan April lepas, skuad Malaysia B-15 menepati status sebagai juara bertahan apabila mendominasi Kejohanan Jemputan B-15 Jockey Club International Youth di Hong Kong selepas menewaskan Singapura (1-0), Myanmar (6-0) dan Hong Kong (4-0).

Sumber