Berikut senarai 27 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk hadir ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Latihan pusat selama seminggu akan diadakan dari 1 hingga 7 Julai 2018 sebagai persiapan awal menghadapi temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 14 Ogos hingga 1 September 2018.

Daripada senarai terbaru ini, 10 pemain merupakan anggota skuad 23 pemain yang membawa Malaysia mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China pada Januari lalu iaitu penjaga gol Haziq Nadzli, Dominic Tan, Syamer Kutty Abba, Adib Zainudin, Kogileswaran Raj, Syahmi Safari, Jafri Firdaus Chew, Danial Amier Norhisham, Syazwan Zaipol Bahari dan Tommy Mawat Bada.

Bagaimanapun, baki 13 pemain lain tidak dipanggil untuk kem latihan pusat kali ini atas beberapa faktor dengan enam pemain telah disenaraikan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Fiji pada 5 Julai 2018 iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), N Thanabalan (Negeri Sembilan), Adam Nor Azlin dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim) serta Irfan Zakaria dan Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur).

1. HAZIQ NADZLI 20 JOHOR DARUL TA’ZIM
2. DOMINIC TAN 21 JOHOR DARUL TA’ZIM
3. SYAMER KUTTY ABBA 21 JOHOR DARUL TA’ZIM
4. ADIB ZAINUDIN 23 JOHOR DARUL TA’ZIM II
5. HAFIY HAIKAL ISMAIL 20 JOHOR DARUL TA’ZIM II
6. NIK AZLI NIK ALIAS 21 KELANTAN
7. DANIAL HAQIM DRAMAN 20 KELANTAN
8. SHAHRUL NIZAM ROS HASNI 20 KELANTAN
9. AFIQ SALUDDIN 20 KELANTAN
10. KOGILESWARAN RAJ 20 PAHANG
11. FAISAL ABDUL HALIM 20 PAHANG
12. R DINESH 20 PAHANG
13. SYAHMI SAFARI 20 SELANGOR
14. ASRAFF HAYQAL ZAINAL 21 SELANGOR
15. AMIRUL HAZIQ RASMIZAL 20 SELANGOR
16. BADDROL BAKHTIAR * 30 KEDAH
17. LOQMAN HAKIM MARZUKI 20 KEDAH
18. JAFRI FIRDAUS CHEW 21 PKNS FC
19. RODNEY CELVIN AKWENSIVIE 22 PKNS FC
20. DANIAL AMIER NORHISHAM 21 FELDA UNITED
21. SYAZWAN ZAIPOL BAHARI 23 PERAK
22. TOMMY MAWAT BADA 22 PJ RANGERS FC
23. KHATUL ANUAR MD JALIL 21 KUALA LUMPUR
24. SYAFIQ RIZUAN 21 PULAU PINANG
25. IZZAN SYAHMI MUSTAPA 21 TERENGGANU
26. EVAN WENSLEY WENCESLAUS 20 SABAH
27. WONG TSE YANG 23

Empat lagi pemain – Akhyar Rashid (Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Hadi Fayyadh Abdul Razak (Johor Darul Ta’zim II) dan Shivan Pillay Asokan (PKNS FC) pula bersama skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak untuk menghadapi Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Surabaya bermula 3 Julai ini.

Sementara tiga lagi pemain yang tidak dipanggil ialah dua tonggak utama Pahang – Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih serta bekas penjaga gol Kelantan dan Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang sedang menjalani penggantungan selama 20 bulan oleh AFC selepas gagal ujian doping di China, Januari lalu.

28752351_202493863840766_5998993255700627456_n

Bagi melengkapkan senarai 27 pemain ke kem latihan pusat kali ini, Kim Swee telah memanggil seramai 17 pemain baharu untuk diuji kemampuan mereka iaitu empat pemain dari Kelantan – Nik Azli Nik Alias, Danial Haqim Draman, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Afiq Saluddin.

Hafiy Haikal Ismail (Johor Darul Ta’zim II), Loqman Hakim Marzuki (Kedah), penjaga gol Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur), Faisal Abdul Halim dan R Dinesh (Pahang), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC), Syafiq Rizuan (Pulau Pinang), Asraff Hayqal Zainal dan Amirul Haziq Rasmizal (Selangor), Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu) dan Evan Wensley Wenceslaus (Sabah).

Turut tersenarai, Wong Tse Yang, 23, penjaga gol yang sebelum ini beraksi bersama kelab Hong Kong, BC Rangers serta ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, 30, yang menjadi calon awal untuk mengisi salah satu daripada slot tiga kuota pemain senior lebih umur 23 tahun ke Sukan Asia 2018 nanti.

Namun mana-mana pemain tersenarai di atas (dari Pahang, Selangor dan PKNS FC) yang pasukan mereka layak ke final Piala FA 2018 pada 7 Julai 2018 dan khidmatnya diperlukan pasukan masing-masing, akan dikecualikan daripada melapor diri.

Sepanjang seminggu kem latihan pusat itu nanti, skuad B-23 kebangsaan turut dijadual mengadakan satu perlawanan persahabatan iaitu bertemu Felda United kendalian B Sathiananthan di Padang Wisma FAM pada Jumaat, 6 Julai 2018.