Seramai 25 pemain dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula pada 16 Mei bagi persiapan menghadapi baki perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE (3 Jun 2021), Vietnam (11 Jun 2021) dan Thailand (15 Jun 2021) di Dubai, UAE.

Daripada senarai tersebut, ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe mengekalkan seramai 19 pemain yang telah dipanggil menyertai kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru, Johor pada 22 hingga 28 Mac 2021.

Pemain pertahanan, Shahrul Saad dan penyerang, Shahrel Fikri Fauzi terpaksa diketepikan selepas masing-masing mengalami kecederaan pada perlawanan Liga Super 2021.

Bagi melengkapkan senarai 25 pemain, seramai tiga muka baharu telah disenaraikan iaitu penjaga gol, Samuel Somerville (Penang), Liridon Krasniqi (Newcastle Jets) dan Arif Aiman (Johor Darul Ta’zim) serta tiga lagi pemain yang kembali dipanggil iaitu Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim), Dominic Tan (Police Tero FC) dan Junior Eldstal (Chonburi).

Skuad Kebangsaan
Sumber Gambar: Penang FC

Skuad Harimau Malaya akan mula turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama empat hari bermula 16 hingga 19 Mei sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi perlawanan persahabatan pertama (bukan Tier 1) bertemu Kuwait di sana pada 23 Mei 2021.

Kemudian pada 25 Mei 2021, skuad Harimau Malaya akan terbang pula ke Manama, Bahrain bagi perlawanan persahabatan kedua (Tier 1) bertemu Bahrain di sana pada 28 Mei 2021 dan kembali ke Dubai pada 31 Mei bagi persediaan terakhir menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Nafuzi Mahu Pakai Lima Pemain Import, Beri Bayangan Sanjar Shaakhmedov Berada Dalam Perancangan

Nafuzi Zain: Kualiti Permainan Terjejas Kerana Permukaan Padang

TERKINI: Rizal Ali Umum Peletakan Jawatan Sebagai CEO Perak FC