Ketua jurulatih skuad B-18 kebangsaan (B-18), Brad Maloney telah mengumumkan 24 pemain yang dibawa ke kem latihan pusat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula hari ini sebagai persiapan bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 pada 2 hingga 10 November 2019 di Phnom Penh, Kemboja.

Negara timur tengah menjadi pilihan Maloney untuk menguji kemampuan pemain berdepan lawan yang lebih kuat dari segi fizikal dan mengamalkan corak permainan yang lebih pantas.

Berikut ialah senarai 24 pemain yang dipilih :

1a

1b

Tiga tonggak utama iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Sikh Izhan Nazrel dan Ahmad Zikri tidak akan ikut serta ke UAE kerana akan berangkat ke Jepun untuk menjalani latihan dengan pendahulu liga divisyen 1 Jepun (J.League), FC Tokyo pada hari esok.

Ia adalah sebahagian daripada program kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) untuk membolehkan pemain muda Malaysia menimba ilmu bersama kelab-kelab JFA.

Anak buah Maloney akan menghadapi UAE B-18 dalam dua aksi persahabatan pada 15 Oktober (Selasa) dan 17 Oktober 2019 (Khamis) sebelum pulang ke tanah air pada 18 Oktober 2019.

71498435_2421057031324380_315227432472805376_o
FOTO: FAM

Pada Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 ini, Malaysia diletakkan dengan Kumpulan G dengan tuan rumah, Kemboja, Thailand, Brunei dan Northern Mariana Islands.

Mereka dijadualkan menentang Kemboja pada 2 November, Brunei Darussalam (6 November), Northern Mariana Islands (8 November), sebelum menamatkan aksi pusingan kelayakan menentang Thailand pada 10 November.

Sebanyak 46 negara yang dibahagikan kepada 11 kumpulan bakal bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir dengan juara setiap kumpulan dan lima pasukan terbaik di tempat kedua mara ke pusingan akhir.

Imbas kembali prestasi skuad Bawah 18 tahun Malaysia ketika dalam Kejohanan AFF B-18 pada bulan lepas. 

AFF B-18: Malaysia Mudah Tewaskan Kemboja Untuk Raih Kemenangan Kedua

Dua Jaringan Luqman Hakim Bantu Malaysia Tewaskan Australia

Jaringan Harith Haiqal Bawa Malaysia Mara Ke Final AFF B-18